Salah satu minat saya ialah berkenalan dengan orang-orang yang saya baru temui. Dengan ini saya dapat menimba pengalaman orang, mengetahui bidang-bidang baru kehidupan mereka atau sekadar bertanyakan khabar supaya hidup kita didunia ini lebih memberi makna, dan dapat membina ukhwah dan kasih sayang.
Baru-baru ini dalam penerbangan ke Kuching, Sarawak seorang pemuda berbadan tinggi, berjanggut manis dan membawa buku-buku bahan bacaan duduk disebelah saya. Apabila disapa, beliau memperkenalkan diri :
“Saya Wan Herman, berasal dari Kuching , baru balik dari Cina”.
“Wan buat apa di Cina?” tanya saya
“Saya bekerja di sana. Saya penyelam . Commercial Diver” Jawabnya.
Saya bertambah minat mendengar cerita beliau dan terus menggalakkan dia menyambung ceritanya . Saya diberitahu bahawa pekerjaan sebagai ‘Commercial Diver’ ini adalah satu pekerjaan yang professional dan dibayar RM1,000 sehari. Beliau dilatih di Australia bukan sahaja cara-cara menyelam tetapi dibekalkan ilmu-ilmu teknikal berkaitan dengan membaik pulih kerosakan didasar laut. Kerja memang mencabar kerana setiap hari penyelam-penyelam tinggal lebih kurang enam jam didalam laut.
Rupa-rupanya bidang ‘Commercial Diver’ amat luas. Dalam masa yang singkat , kerana penerbangan sudah nak mendarat, Wan Herman menerangkan saya bidang-bidang ‘Commercial Diver’ yang terdapat didunia ini, diantaranya :
1. Offshore Diving – Kebanyakannya membantu operasi cari gali minyak
2. Inland /Offshore Diving – Penyelam selalunya bertugas di projek pelabuhan , hydroelektrik, jambatan dan pontoone
3. HAZMAT Diving – salah satu bidang ‘Commercial Diver’ yang amat berbahaya. Ia terlibat menyelam takungan najis atau chemical berbahaya, semen atau takungan dan tumpahan minyak.
4. Nuclear Diving – ia sangat berbahaya saperti HAZMAT diving juga kerana penyelam terdedah kepada radiasi.
5. Scientific Diving – menjurus kepada penyelidikan saintifik.
6. Media Diving – khusus kepada liputan fotografi dan dokumentari yang berkait rapat dengan stesyen-stesyen TV seluruh dunia.
7. Military and Naval Diving – Penyelam selalunya terdiri dari ahli-ahli tentera.
8. Police Diving – Selalunya dilakukan anggota Polis untuk mencari bahan bukti , mencari mayat atau bahan seludupan yang di letakkan di luar bot atau kapal.
Banyak lagi yang belum sempat diceritakan Wan Herman kepada saya, tapi penerbangan telah mendarat. Saya begitu seronok dan bangga kerana umat Islam sekarang telah menceburkan diri ke pelbagai profession dan ini adalah satu asset kepada kita.
Saya mendoakan kejayaan dan keselamatan kepada Wan Herman dan kepada kita semua walau dimana kita berada, didarat , laut dan udara jangan lupa terus sujud kepada yang Esa Allah S.W.T. Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment