Wednesday, November 20, 2013

KE ARAH ISTIQAMAH





Mengikut Ibn al Qayyim , ada lima keadaan untuk mencapai istiqamah dalam melakukan sesuatu amalan.

1. Perbuatan tersebut mestilah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.

2. Mesti dilakukan atas dasar kefahaman dan ilmu atas sesuatu perkara tersebut.

3. Melakukan sesuatu ibadah itu mestilah sama saperti yang diperintahkan Allah.

4. Melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin.

5. Mempastikan diri anda melakukan sesuatu dengan tidak melanggar syarak.



Mengikut pendapat ulamak suluk yang lain ada beberapa langkah tambahan perlu di ikut untuk mencapai istiqamah.

1.Sentiasa menyedari matlamat akhir hari pembalasan.

2. Kesungguhan yang mantap.

3. Usaha berterusan supaya kesungguhan dapat mendatangkan hasil.

4. Sentiasa menilai dan memeriksa amalan dan perbuatan anda.

5. Muhasabah diri sebelum  melakukan sesuatu perbuatan pastikan ia betul-betul di redhai Allah dan selepas sesuatu perbuatan sama ada ia melampaui matlamat asal.

6. Hanya menyalahkan diri sendiri jika gagal.

7. Berusaha untuk ketahap lebih tinggi/ baik.

8. Merendah diri terhadap Allah kerana menyedari hanya Allah alh yang sempurna. Sentiasa memohon keampunanNya . petunjukNya dan bantuanNya.

Di petik dari syarah Imam an Nawi ( rahimahullah) Hadis 40

Terima kasih kerana sama-sama berusaha kea rah amalan yang istiqamah. Bukan mudah tapi yang penting kita mulakan dengan niat dan azam yang mantap.


Quote of the day




No comments:

Post a Comment