Wednesday, November 6, 2013

TEMURAMAH EKSLUSIF DENGAN SYAITAN







Satu hari seorang manusia terjumpa syaitan dalam bentuk seorang tua memakai topi yang berwarna warni, tali pinggang yang juga berwarna warni dengan intan disekeliling pinggang. Satu loceng ditangan kiri dan satu jaring ditangan kanan.

Dalam perbualan yang panjang dengan syaitan tersebut, diantara pertanyaan yang ditanyakan kepada syaitan ialah : 

“Siapakah sahabat-sahabatmu? 

 “Aku ada sebelas sahabat , mereka adalah" :

1. Pemerintah yang zalim/menindas

2. Peniaga yang menipu pelanggannya.

3. Orang beriman yang minum arak

4. Orang kaya yang bangga dengan kekayaannya dan dengan marah-marah enggan memberi kepada yang miskin dan memerlukan.

5. Orang yang suka mengumpat , melagakan manusia dan mendedahkan kelemahan orang lain.

6.Orang yang membunuh manusia  selain dari kerana Allah.

7. Orang yang mengambil harta anak yatim.

8. Orang yang hidup atas duit riba

9. Orang yang mengutamakan dunia lebih dari akhirat.

10. Orang yang panjang angan-angan dan melambat-lambatkan taubat.

11. Orang yang membantu perempuan berminat untuk ‘mengguna-gunakan’ atau ‘menundukkan’ manusia lain dengan ilmu hitam.

Kemudia syaitan menambah lagi. “Aku dah banyak bercerita kepadamu, aku juga akan terus berusaha kearah membawa manusia ke neraka. Kemudian syaitan itu pun hilang.

Sama-sama kita lihat diri kita semoga kita tidak tergolong dalam kategori ‘SAHABAT SYAITAN’. Terima kasih.


Quote of the day 



No comments:

Post a Comment