Tiga minggu sudah , dua ekor kucing yang datang kerumah saya tak berapa lama dulu telah melahirkan anak. Seekor beranak awal, empat ekor. Tiba-tiba yang seekor lagi yang baru nak beranak , mengambil kucing-kucing yang baru lahir itu sebagai anak angkat. Tak lama kemudian tiga anak kucing lagi lahir, menjadikan jumlah kesemuanya tujuh ekor. Kedua-dua ibu kucing baru itu berkongsi menjaga anak-anak mereka.
Yang menatik perhatian saya , dalam kelam kabut menguruskan tujuh ekor anak-anak tersebut, siibu akan tahu jika ada diantara anak-anak mereka yang hilang. Dia akan terus mencari dan membawa anak-anak itu kembali. Bolehkah kucing mengira?
Mengikut Christian Agrillo dari Universiti Padova di Itali, kucing memang boleh mengira. Beberapa experiment telah dibuat, kucing paling kurang boleh mengira hingga 6 atau 7 . Kucing boleh mengetahui sama ada anak-anak mereka holing atau ditambah dengan anak kucing lain.
Kajian terhadap singa pula , yang tergolong dalam keluarga kucing mendapati jika tiga ekor singa mengaum berhampiran tempat singa betina beranak, singa betina akan membalas ngauman tersebut. Tapi jika yang datang itu lebih dari tiga ekor, singa betina akan diam sahaja kerana mungkin tidak mampu melawan musuh lebih dari tiga ekor.
Jadi ada eloknya kita ceritakan kepada anak-anak kecil yang kucing pun pandai matematik, mudah-mudahan mereka teransang untuk belajar. Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment