Monday, April 22, 2013

SELAMAT HARI JADI ISTERIKU




Kelmarin  21hb April  adalah hari ulangtahun kelahiran isteri saya . Merenung kembali , kami telah berkahwin begitu lama dan dikurniakan tiga orang anak. Perlayaran hidup kami begitu bergelora. Hujan, rebut, ombak dan kadang-kadang petir menyambar. Tetapi sekarang perlayaran sudah menghampiri destinasi.Ombak sudah mula tenang. Ribut sudah reda. Kilat dan petir sudah tiada. Mudah-mudahan akan sampai ke- destinasi dalam keadaan yang tenteram begini.


Tidak ada majlis menyambut hari jadi untuk isteri saya. Cuma sebuah kek dari anak ketiga dan sepucuk surat penghargaan dari saya:
SELAMAT HARI JADI ISTERIKU !

Letter From Your Husband
I never can find the right words to say, I just go with the flow each and every day.
I never knew there could be love like this, in a world full of chaos, it’s always you I miss.
If there was one thing I could ask Allah for, I would tell him that it’s you I adore.
My heart skips a beat when I hear the water pouring, because I know you’re preparing my tea, just a cup, but it fills my heart.
Since we had the three children together, I know we can withstand any kind of weather.
I will make du’a for you and me, that we can be in Jannah and always be.
I will love you forever, you have the key to my heart, you unlocked it, so we can never part.
My eyes are full with tears, the time will soon come by, I just can’t wait for the day that I die.
With Allah’s mercy, just for you and me.

From your husband,
Yamin Yahya


Walaupun surat saya ini tidak membawa banyak erti kepada isteri saya, tetapi segala ketaatan,  akhlak soleh dan pengorbanan beliau kepada saya dan keluarga pasti akan diberi ganjaran saperti dibawah ini . Inshaa Allah

1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.

2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.

3.Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suamai sebagai jihad

4. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih ( zikir)

5. Tidak akan putus ganjaran dar Allah kepada seorang isteri yang siang  dan malamnya menggembirakan suaminya.

6.  Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan kedalam syurga ( Hadis Riwayat Termizi)

7. Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan keatasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan , menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya  maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka . ( Hadis Riwayat Anas Bin Malik)

Semoga Allah menerima amalan beliau. Terima kasih kerana sudi mendengar pengalaman saya.

Quote of the day

To forget the mistakes of the past and press on to the greater achievements of the future. To wear a cheerful countenance at all times and give every living creature you meet a smile

2 comments: