Tuesday, April 16, 2013

HATI-HATI MEMILIH



Hari ini saya amat bersyukur kerana terselamat dari kemalangan jalan raya. Saya ceritakan kepada sahabat-sahabat surau termasuk Imam surau al-Hikmah yang sebuah motosikal keluar dari satu persimpangan, tak berhenti tak pakai helmet. Saya menekan berek sekuat mungkin alhamdulillah semua selamat. Dengan tidak mengatakan atau melambai motosikal it uterus beredar, selamba sahaja . “Haji tak kejar ke?” Tanya seorang sahabat. “Saya nak kejar solat zohor berjemaah” jawab saya. “Itulah yang lebih baik” kata Imam. “Kejar solat berjemaah lebih baik dari mengejar orang yang tidak tahu berterima kasih”.

Begitulah realiti hidup seharian kita.Hidup yang sentiasa berdepan dengan pemilihan. Memilih teman umpamanya Rasullullah s.a.w bersabda dengan maksud:

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” Hadis Riwayat Abu Daud

Tips memilih kawan adalah saperti berikut yang dipetik dari kitab Hidayatul Salikin:

1. Pilih kawan yang berakal

2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya

3. Orang yang soleh

4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia.

5. Orang yang benar perkataannya.

Kalau memilih kawan pun di tunjukkan syarat-syaratnya oleh Islam inikan pula untuk memilih pemimpin. Dalam kesebukan demam PRU13 ini ada beberapa petua untuk memilih pemimpin. Nilai pemimpin yang baik ada dua:

1. Pemimpin yang dapat memimpin sesuai dengan apa yang diamanatkan Allah dan Rasulnya.

2. Pemimpin yang bertanggung jawab atas amanat Allah dan Rasulnya

Firman Allah : As Sajdah : 24 “Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami , selama mereka bersikap sabar ( dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami”

Surah Al-Qasas : 41 : “Dan Kami jadikan mereka ( Firaun dan bala tenteranya) pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari Kiamat mereka tidak akan ditolong”.

CIRI-CIRI PEMIMPIN DALAM ISLAM

1. Mengajak bertaqwa kepada Allah

2. Adil kepada semua orang tanpa memilih-milih

3. Menegakkan amar makruf nahi mungkar

4. Menjadi tauladan yang baik bagi masyarakat

5. Mendorong kerjasama dalam memperjuangkan kesejahteraan.

6. Mengukuhkan tali persaudaraan dan kesatuan.

7. Mengutamakan musyawarah dalam setiap keputusan penting untuk masyarakat

8. Jujur dan amanah

9. Berwawasan dan berpengetahuanluas dan mencintai ilmu pengetahuan

10. Teguh pendirian dan sabar dalam ujian .

Kalau lah kita tidak berhati-hati memilih pemimpin maka kitalah yang akan menyesal di akhirat nanti saperti yang dikatakan Allah dalam Al Qur’an bermaksud:

“Ya tuhan kami , sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”- Al Ahzab : 67 

Hati-hatilah memilih , kerana pesan orang Melayu , menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Terima Kasih.

Quote of the day

Al Qur’an on leadership:
(They are ) those who if We establish them in the land , establish regular prayer and give regular charity, enjoin the right and forbid wrong, with Allah rests the end ( and decision) of (all) affairs. Al Qur’an Al Hajj 22: 41

No comments:

Post a Comment