Tuesday, April 2, 2013

MANGGA MANDUL






Baru-baru ini saya terkejut melihat pokok mangga didepan surau telah berbunga. Mengikut pemerhatian pokok tersebut tidak pernah berbuah walaupun umurnya sudah banyak tahun.Mengikut penghuni rumah tersebut yang juga jemaah surau dia telah mencuba ‘petua’ yang dipelajarinya beberapa tahun dulu. ‘Petuanya’ adalah saperti berikut:

1. Cantas beberapa dahan pokok tersebut

2. Selawat pada Nabi s.a.w sebelas kali

3. Tepuk pokok tersebut dengan tapak tangan juga sebelas kali

Kemudian jangan lupa berdoa , memohon kepada Allah semoga hajat anda dimakbulkan . Cubalah, kalau anda mempunyai pokok buah-buahan yang mandul . Dengan izin Allah semuanya boleh jadi. Yang penting jangan putus asa, dan jangan berhenti berdoa.

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Allah sentiasa memperkenankan doa seseorang hamba selama doa itu tidak mengandungi ( perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan”.

 Lalu Baginda ditanya oelh seseorang : 

“Apa maksudnya meminta dipercepatkan?”

Jawab Baginda:

“Umpama seseorang itu berkata dalam doanya, aku berdoa , aku berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan , lalu aku putus asa dan berhenti berdoa”

Dulu –dulu sesudah mendapat anak pertama , saya begitu lama tidak dapat anak kedua . Satu tahun, dua tahun, lima tahun , sepuluh tahun. Akhirnya dengan izin Allah , tahun ke 15  saya mendapat anak kedua . Alhamdulilah . Allah kurniakan dua orang cahaya mata. Tiba-tiba tahun ke 16 , Allah kurniakan seorang lagi. Anak sudah jadi 3 orang .

Kepada anda yang masih belum Allah kurniakan cahaya mata, teruskan berikhtiar . Teruskan memohon pada Allah . Allah maha mengetahui bila doa kita akan dimakbulkan .Cuba tetap cuba.

Quote of the day

Everything has beauty, but not everyone sees it

No comments:

Post a Comment