Monday, April 15, 2013

KALAU HENDAK DI UNDI ( DI PILIH)



Sabtu 13hbApil2013 saya ziarah anak yang belajar diBanting . Dia mengajak saya ke ‘Krepek House’ yang katanya begitu menarik untuk di kunjungi. Oleh kerana dia baru sekali sahaja pergi dengan bas kolejnya kesana, maka kami mencari-cari tempat tersebut buat beberapa ketika. Bermula di Sungai Raba, tapi tak jumpa. Malah teraba-raba kesetiap lorong kemudian ke Banting Baru, tak ketemu dan bertambah keliru. Kemudian ke Kelanang , hati bertambah tak tenang. Terlajak ke Morib, bertambah perit. 



Kemudian anak saya menalipon kawan-kawannya bertanya hala, bertambah pening kepala. Dengan izin Allah kami sampai ke Kancong Darat, masuk Jalan Besar Sungai Lang, masuk jalan kecil Jalan Cempedak, barulah nampak FAZZ KEREPEK HOUSE. Terkejut saya melihat begitu banyak kereta-kereta diluar ‘kedai kampung’ tersebut. Bila masuk raga-raga saperti supermarket disediakan . Apa agaknya ciri-ciri yang menarik begitu ramai MEMILIH kedai kerepek ini.


Dalam perkiraan saya mungkin :

1. Banyak pilihan ( 112 jenis makanan saperti yang disenaraikan dalam risalahnya)

2. Harga berpatutan

3. Segar, sebab kitaran jualan begitu cepat.

4. Sedap

5. Disediakan untuk pembeli runcit dan pembeli borong


6. Kuih-kuih tradisional pula saperti bahulu pelangi diberi persembahan baru.

7. Diskaun untuk sesetengah pembelian melebihi sepuluh pek

7. Di buka setiap hari 8pagi hingga 9.30 malam

8. Disediakan juga penjualan bahan-bahan mentah untuk membuat keropok.


Setakat ini disinilah kedai KUDAPAN yang terbesar yang saya pernah jumpa diSelangor.
Kalau ciri-ciri diatas tadi boleh menarik pelanggan ke kedai tersebut, apa pula agaknya yang boleh menarik dan menggalakkan jemaah datang ke mesjid? Kalau di fikirkan bersama , memang banyak yang menyebabkan jemaah memilih sesuatu mesjid di antaranya aktiviti yang perlu dilakukan ialah:

1. Memperbanyakkan majlis ilmu

2. Mengadakan carnival yang boleh menarik kehadiran berbagai peringkat umur saperti yang di adakan TV9

3. Promosi aktiviti mesjid mesti diperhebat dengan banner, risalah, sms atau website dan , lain-lain.

4. Adakan aktiviti gotong royong membersih mesjid bersama majlis makan-makan supaya menarik mereka yang baru nak berjinak dengan mesjid.

5. Wujudkan pengkalan data dimesjid-mesjid supaya ia menjadi pusat rujukan setempat. Mereka yang hendak mengadakan kenduri nikah-kahwin, kematian atau mencari rumah-rumah tertentu boleh menggunakan mesjid sebagai pusat rujukan.

6. Jaga kebersihan mesjid terutama tandas dan indahkan mesjid dengan pengurusan seni taman yang rapi.

7. Sediakan alat penapis air yang boleh dimanafaatkan orang ramai yang lalu lalang berhampiran mesjid.

8.  Mengadakan program ziarah kepada ahli kariah yang di timpa apa-apa masalah dan membantu mereka dalam apa-apa bentuk yang diperlukan.

9. Adakan kuliah subuh dihujung minggu bersama sarapan pagi untuk menggalakkan ahli kariah solat subuh berjemaah.

Di antara ciri-ciri orang yang layak mentadbir mesjid ialah:
“Hanya sa-nya yang layak mentadbir ( menghidupkan) mesjid-mesjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk” Surah at-Taubah ayat 18

Di negara-negara Barat pula cara mereka untuk mengajak jemaah ke mesjid adalah lebih terperinci. Walaupun ramai dari AJK mesjid adalah mereka yang baru memeluk Islam, tetapi semangat dan kesungguhan mereka untuk memakmurkan mesjid melebihi kita-kita yang dah lama Islam ini. Antara persoalan yang ditanyakan mereka sebagai ciri-ciri mesjid yang mendapat sambutan ramai ialah:

1. Adakah mesjid anda mampu memberi perkhidmatan dan mengalu-ngalukan mereka yang baru memeluk Islam.

2. Adakah mesjid anda memberi kemudahan kepada warga tua.

3. Adakah mesjid anda ‘pengasih dan menerima ‘ jemaah muda.

4. Adakah mesjid anda boleh membantu pasangan yang baru kahwin dalam apa bentuk pun.

5. Adakah orang-orang baru ( jamaah baru) di alu-alukan dimesjid anda?

6. Adakah mesjid anda memiliki kemudahan sukan yang bukan saja boleh dikunjungi orang-orang Islam, tetapi juga yang bukan Islam?

Sebagai rumusan . Untuk menukar imej dan tanggapan masyarakat terhadap mesjid, AJK mesjid terlebih dahulu patut menukar imej mereka. Dari imej ‘JAGA’ yang cuma menjaga wang dan harta mesjid , yang mengongkong penceramah-penceramah kepada imej PRAMUGARA dan PRAMUGARI yang sentiasa mengalu-ngalukan penumpang (jemaah) untuk datang ke mesjid. Kita mulakan hari ini , In shaa Allah . Terima kasih.

Quote of the day

As we work to create light for others, we naturally light our own way

No comments:

Post a Comment