Wednesday, April 17, 2013

LIDAH BERCABANG





Apa reaksi anda kalau melihat seorang tukang masak yang sedang menggoreng ikan , tiba-tiba membersihkan longkang yang tersumbat dengan senduk yang sama. Kemudian mengacau sayur yang mendidih , tiba-tiba memukul anjing yang mencuri lauk dengan senduk yang sama. Kemudian membancuh air gula dan seterusnya.Pada satu waktu menyediakan makanan yang bersih dan seterusnya menggunakan senduk yang sama ditempat kotor. Tentulah anda geli dan jijik melihatnya.






Begitulah cara kebanyakan manusia menggunakan lidah mereka. Pada satu ketika , memuji Allah, berzikir , membaca al-Qur’an , bersolat , pada waktu lain pula menggunakan lidah yang sama mengumpat, mengata , menyanyi( yang diharamkan) dan mengajak manusia kepada keburukan. Kedua-dua aktiviti yang bercanggah ini MENGGUNAKAN LIDAH yang sama.

Cuba kita renungkan apa firman Allah tentang lidah (pengucapan):
“Tiada satu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada didekatnya malaikat pengawal yang selalu hadir” surah Qaf:18

Rasullullah s.a.w bersabda, maksudnya :
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat , maka hendaklah dia berkata baik atau diam”( HR alBuhkari dan Muslim)

Rasullullah s.a.w juga bersabda bermaksud:
“Barangsiapa yang memberikan jaminan kepadaku (untuk menjaga) kejahatan lisan yang berada diantara dua tulang rahangnya dan kejahatan kemaluan yang berada diantara kedua kakinya, niscaya aku akan memberikan jaminan syurga padanya”(HR al-Bukhari)

Penyalahgunaan lidah amat berbahaya diantara AKIBATnya adalah:

1. Menjerumuskan pelakunya kedalam neraka

2. Kebanyakan dosa menusia bermula dari lisan

3. Ancaman yang keras dari Allah

4. Orang yang paling dibenci Nabi s.a.w

5. Tercegahnya kebaikan

Oleh itu kita perlu hati-hati tentang penggunaan lidah, biarlah fungsinya digunakan untuk kebaikan sahaja. 

Allah s.w.t berfirman:Maksudnya:
“Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang kusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna” (Surah al-Mukminun:1-3)

Abdullah Ibnu Abbas r.a mengatakan “Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam”:

1. Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.

2. Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.

3. Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.

4. Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia saperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya

5. Buatlah saperti orang yang benar-benar  sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan  mendatangkan dosa atau kesalahan .

Oleh itu hati-hatilah menggunakan anggota kita terutama lidah. Allah berfirman sekeras-kerasnya dengan maksud :
“Kecelakaan bagi setiap pengumpat lagi pencela” ( al-Humazah :1)

Sama-samalah kita memperingati antara satu sama lain. Terima kasih.

Quote of the day

Truly in remembering God do hearts find rest –Quran 13:28

No comments:

Post a Comment