Sunday, April 7, 2013

PENGUCAPAN AWAM BERKESAN BAHAGIAN 4




Di sini disampaikan beberapa tip dan teknik untuk memperbaiki kaedah ‘pengucapan awam yang berkesan’. Dengan harapan ia dapat memperbaiki dan memantapkan anda sebagai pengucap awam.

KESILAPAN

Kesilapan adalah perkara biasa . Memperbaiki kesilapan menjadikan ucapan anda lebih ‘semulajadi’

JENAKA

Berjenaka kalau anda boleh melakukannya. Kalau tidak yakin, eloklah elakkan jenaka tersebut. Untuk tidak menimbulkan risiko, cubalah berkelakar sahaja.

BERCERITA

Cerita menguatkan pengucapan , ia tidak menjadikan anda sebagai penyampai maklumat sahaja.Cerita peribadi akan menguatkan lagi pengucapan anda.Walaupun tajuk pencapaian anda ‘kering’ cerita boleh memberi suntikan menghidupkan semula pengucapan anda.

PENGGUNAAN SUASANA SEKITAR

Cuba berjalan sedikit kekiri dan kanan diatas pentas . Gunakan ruang sekeliling yang ada. Kalau tidak ada peluang bergerak, gunakan bahasa badan yang lebih menarik.

TEKNOLOGI

Jangan berucap menghadap ‘slide’ atau ‘visual’ – visual anda . ‘Slide’ bertujuan membantu anda , bukan sebaliknya. ‘Slide’ mestilah dalam bentuk ‘grafik’ bukan perkataan , dan mestilah besar, supaya jelas dilihat.

Pengucapan awam adalah sesuatu yang menarik dan menyeronokkan kalau disampaikan dengan betul. Jangan lupa tiga perkataan yang boleh membantu anda : PRAKTIS, PRAKTIS, PRAKTIS.

Quote of the day

Trust in His timing . Rely on His promises. Wait for His answers. Believe in His miracles. Rejoice in His goodness. Relax in His presence ( TRUST IN ALLAH)

No comments:

Post a Comment