Sunday, April 21, 2013

TINGKAT 60





Tiga orang sahabat bercuti ke negeri Cina. Oleh kerana mereka pergi musim percutian, meraka dapat menyewa hotel hanya ditingkat 60. Mengikut polisi hotel, lift tidak akan boleh digunakan selepas jam 12 tengah malam. Keesokan hari tiga sahabat tadi menyewa kereta dan melawat tempat-tempat menarik dikeliling kota. 

Oleh kerana terlalu banyak tempat-tempat yang mereka lawati, mereka tiba dihotel melebihi jam 12 malam. Oleh kerana lift tidak boleh digunakan , mereka terpaksa menggunakan tangga untuk sampai ke tingkat 60.

Untuk menghilangkan kepenatan dan kebosanan, seorang sahabat mencadangkan , untuk 20 tingkat pertama saya akan bercerita lawak supaya kita tidak jemu dalam menaiki tangga. Untuk tingkat 20 seterusnya seorang lagi akan memberi cerita nasihat. Bagi 20 tingkat terakhir , sahabat terakhir akan menyampaikan cerita sedih.

Maka mereka memulakan pendakian 20 tangga pertama dengan gelak ketawa . Kemudian seorang lagi menyampaikan kata-kata nasihat dan motivasi. Banyak yang dipelajari sehingga mereka sampai ke tingkat 40 .

Sekarang sampailah giliran sahabat yang ketiga untuk menyampaikan cerita sedihnya. “Saya mulakan cerita sedih saya bahawa saya tertinggal kunci bilik kita didalam kereta”

Moral cerita: 

Cerita ini melambangkan kehidupan kita. 20 tahun pertama kita akan hidup dengan kegembiraan sahaja. 20 tahun kemudian kita mula kahwin , dapat anak dan memulakan kehidupan yang bermakna . Hanya apabila dah mencapai umur 40 tahun , rambut mula beruban, baru mula nak memikirkan akhirat. 

Malangnya ramai yang terlambat , ‘tertinggal kunci’ . Jadi lebih baik kita mulakan persiapan akhirat kita diawal umur , supaya tidak menyesal diakhirat kelak nanti. Terima kasih atas perhatian.

Quote of the day

When syaitan can’t make you commits sins, he makes you waste time

No comments:

Post a Comment