Sunday, April 14, 2013

HARI MENGUNDI





Anda sedang berjalan-jalan dan tidak disangka-sangka anda ternampak seekor HARIMAU dihadapan anda. Anda berlari untuk melarikan diri, tiba-tiba berhadapan pula dengan jalan mati, TEBING  sungai yang dalam. Anda nampak tali tergantung dan terus menyusur kebawah dengan tali tersebut, tetapi malang ada BUAYA pula menunggu dibawah.

Semasa anda bergayut dan tergantung nampak pula TIKUS-TIKUS HITAM DAN PUTIH menggigit pangkal tali tersebut. Tidak ada jalan selamat dan anda dalam ketakutan .Tiba-tiba ada pula MANISAN LEBAH menitik kemulut anda dari sarangnya diatas. Oleh kerana asyik menikmati MANISAN itu anda terlupa masalah dan bahaya yang sedang menunggu anda.Begitulah gambaran kehidupan kita sebenarnya. HARIMAU itu ialah MALIK-UL-MAUT (malaikat mencabut nyawa) yang akhirnya akan sampai kepada kita.

BUAYA itu adalah KUBUR kita yang kita selalu lupakan, tetapi akhirnya kita akan kesana, rumah dan tempat semadi yang kekal.TIKUS-TIKUS HITAM DAN PUTIH  pula adalah SIANG DAN MALAM yang sedang berlalu.MANISAN pula adalah DUNIA yang kita terlalu cinta hinggakan kita gagal untuk mengingati yang hari demi hari kita semakin hampir kepada KEMATIAN.
 
Hari mengundi pada kita adalah setiap hari, setiap saat , pilihlah syurga atau neraka. Terima kasih.

Quote of the day

Allah test us both by blessing us and by sending hardships our way. Do you know which test is more difficult to endure ? Think about it. The test with hardship we have no choice but to face them, however tests with blessings we have a choice, therefore test with blessings are more difficult to pass. May Allah grant us patience and wisdom when tests come our way .Ameen

No comments:

Post a Comment