Thursday, April 18, 2013

NAFAS TERAKHIR





Pada zaman Rasullullah s.a.w seorang penganut Kristian datang berjumpa Rasullullah s.a.w dalam satu peperangan. Penganut Kristian tersebut bertanya “Patutkah aku berperang bersamamu atau memeluk Islam dahulu?” .Rasullullah s.a.w dengan tidak menangguhkan sesaat pun berkata “Peluk Islam kemudian baru berperang”.

Penganut Kristian tersebut mengucapkan dua kalimah syahadah kemudian terus berperang. Akhirnya dia mati, dan diberitahu pada Rasullullah s.a.w. Kata Rasullullah s.a.w “Walaupun orang yang baru menganut Islam itu menyumbang sedikit sahaja pada Islam, tetapi atas keikhlasannya dia diberi ganjaran syahid”.

Bagaimana dengan kita yang dah berpuluh-puluh tahun beribadah ini? Hati-hati dengan NAFAS TERAKHIR kita. Diantara perkara-perkara yang perlu kita jauhkan ialah:

1. Rosak atau terpesong akidah sekalipun kita seorang yang sentiasa beramal soleh.

2. Melakukan maksiat secara terangan dan berterusan.

3. Berpaling daripada istiqamah dalam Islam.

4. Lemah keimanan , lemah kecintaan pada Allah.

Sama-sama kita ambil pengajaran dari cerita NAFAS TERAKHIR ini dan membuat persiapan-persiapan yang perlu. Sekian terima kasih.

Quote of the day

An hour on earth is more valuable than a thousand years in the Hereafter, because in the Hereafter there are no deeds for us to do to reach salvation.

No comments:

Post a Comment