Saturday, April 13, 2013

WHAT DID I DO TODAY?



Tiga hari yang lalu saya terdengar lagu ‘what did i do today’ oleh Dawud Wharnsby Ali. Liriknya begitu bermakna dan mengandungi banyak nasihat. Oleh itu saya cuba menterjermahkannya sebaik mungkin untuk tatapan anda semua. Sama-sama kita renungkan.

Bulan sudah memancar sinar
Siang telah berlalu
Malam telah menyelubungi matahari
Aku telah sujud menyembahMu berkali-kali
Tetapi aku tertanya-tanya, Ya Allah apakah yang aku buat hari ini?

Adakah aku mengingati maksud Al Fatiha?
Adakah aku meluangkan waktu untuk
bersyukur  atas segala nikmatMu
Adakah aku memohon petunjuk dariMu?
Beritahulah aku apa yang aku buat hari ini?

Aku telah berbisik padaMu
Semasa aku ruku’
Subhana Rabiyal adheem
Tapi adakah keimanan aku
Cerah atau malap?
Ya Allah beritahulah aku , apa yang aku buat hari ini?

Adakah aku senyum kepada semua insan ?
Adakah aku bersopan pada ibu ku?
Adakah aku mengajarkan sesuatu  pada insan lain
Atau cinta aku pada dunia menyesatkan aku ?
Beritahulah aku , apa yang aku buat hari ini ?

Sami Allah huliman hamidah
Rabbana lakal hamd
Rabnana lakal hamd
La ilaha il Allah
La ilaha il Allah
Walaupun aku telah sujud kepadaMu
Wajah aku didalam debu
Subhana raby’yal a’la
Adakah aku dikira menyembahMu
Dan adakah aku telah menurut perintahMu
Ya Allah , beritahulah aku apa yang aku buat hari ini ?

Adakah aku telah manafaatkan pemikiran aku ?
Jika aku menyelami jiwaku, apakah yang aku akan jumpa?
PetunjukMu pasti menyinari cahayanya
Beritahulah aku apa yang aku buat ini?

Walau apapun yang kita lakukan hari ini Allah telah berfirman dalam Al-Qur’an surah Al Zumar ayat 39 bermaksud:

“Katalah (wahai Muhammad ) : Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ( dengan perbuatan maksiat) janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa : Sesungguhnya Dia jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” Rasullullah s.a.w juga bersabda dengan maksud : “Allah akan menerima taubat hambanya selama mana nyawa belum sampai kelehernya”

Kalau ada kebaikan dari pesanan ini amalkan. Kalau tidak keluarkan ikut telinga kanan. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk berfikir dan luangkan jugalah waktu anda untuk menyampaikan perkara-perkara yang baik pada insan lain.

Quote of the day

Our happiness is greatest when we contribute to the happiness of others



No comments:

Post a Comment