Semalam Alhamdulillah , berkesempatan mendengar kuliah Maghrib . Berbicara tentang hati. Hati kita ini umpama tasik yang luas . Ada beberapa buah sungai yang mengalir kedalamnya. Pertama yang mengalir (masuk) melalui mata. Kemudian telinga , lidah dan otak. Nilai bersih atau kotornya ‘tasik hati’ kita bergantung kepada apa yang kita alirkan kedalam hati kita. Kalau maksiat , maka kotorlah hati kita, kalau baik maka suci bersihlah hati kita. Hati ini pula akan mempengaruhi seluruh badan kita saperti apa yang dikatakan hadis :
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging ( segumpal darah) jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati” (HR Bukhari dan Muslim)
Banyak punca yang boleh mengeras atau menggelapkan hati kita, diantaranya:
1. Suka melihat dan mendengar maksiat
2. Suka melihat najis
3. Suka bercakap dan berfikiran kotor
4. Derhaka kepada ibu bapa
5. Tidak solat
6. Tidak membaca Al Qur’an
7. Tidak amanah
8. Tidak berzikir ( mengingati Allah )
9. Tidak berdoa
10. Sombong dan angkuh dalam kehidupan
Kalau ini yang berlaku, maka sangat-sangat ditakuti jika hati kita tergolong kepada apa yang Allah katakana dalam Al Qur’an bermaksud :
“Mereka itulah orang-orang yang hatinya , pendengarannya dan penglihatannya telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai ( An Nahl:108)
Walau bagaimanapun tiap-tiap masalah atau kesilapan ada penyelesaian, In shaa Allah . Diantaranya ialah :
1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
Mudah mudahan dengan semua usaha memperbaiki hati kita ini akan menggolongkan kepada kumpulan hati-hati yang lembut dan sensitive kepada Islam. Dalam Al Qur’an disebut dengan maksud :
“Apabila disebut nama Allah , gementarlah hati-hati mereka” ( Al Anfal : 2)
Mudah mudahan Allah menerima usaha anda membaca dan berfikir untuk kebaikan sebagai satu amalan yang baik. Terima kasih.
Quote of the day
When we pray Allah hears more than we say. He answers more than we ask. He gives more than we imagine, but in His own time , in His own way. So wish you best of luck.
No comments:
Post a Comment