PRU 13 akan diadakan tak lama lagi. Kebetulan tarikh tersebut bersamaan hari jadi saya ia itu lima haribulan Mei . PRU kali ini dikatakan PRU yang paling sengit.. BARISAN NASIONAL sedaya upaya akan mempertahankan kerajaannya manakala PAKATAN RAKYAT pula , bukan saja akan mempertahanakan negeri-negeri yang mereka kuasai malah berharap dapat melangkah ke Putra Jaya. Masing masing mengatur strategi dan barisan tersendiri.Walaupun Malaysia cuma ada satu Barisan sahaja, tetapi di Padang Mahsyar nanti akan ada dua belas barisan.
Suatu ketika , Muadz binJabal r.a mengadap Rasullullah s.a.w dan bertanya “Wahai Rasullullah s.a.w tolong jelaskan pada aku mengenai firman Allah s.w.t : Pada sangkakala ditiup . maka kamu sekelian datang berbaris-baris” ( Surah an Naba:18)
Mendengar pertanyaan itu , baginda menangis dan basah pakaian baginda dengan air mata lalu menjawab:
“Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring , dikumpulkan berbaris-baris menjadi DUA BELAS BARISAN , masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri”
Di rumuskan disini secara ringkas penjelasan oleh Rasullullah s.a.w berkenaan barisan-barisan tersebut:
BARISAN PERTAMA
1. Keadaan Ummat : Tidak bertangan , tidak berkaki
2. Amalan diDunia : Menyakiti hati tetangga
3. Balasan diAkhirat: Neraka
BARISAN KEDUA
1. Keadaan Ummat : Berbentuk babi hutan
2. Amalan diDunia : Meringan-ringankan solat
3. Balasan diAkhirat : Neraka
BARISAN KETIGA
1. Keadaan Ummat: Saperti baghal dengan perut saperti gunung dipenuhi ular dan kala jengking
2. Amalan diDunia: Enggan berzakat
3. Balasan diAkhirat: Neraka
BARISAN KEEMPAT
1. Keadaan Ummat: Darah memancut dari mulut
2. Amalan diDunia: Berdusta dalam jual beli
3. Balasan diAkhirat: Neraka
BARISAN KELIMA
1. Keadaan Ummat: Bau lebih busuk dari bangkai hingga mengganggu penduduk padang Mahsyar
2. Amalan diDunia: Menyembunyikan maksiat dari manusia tapi tidak takut pada Allah
3. Balasan diAkhirat : Neraka
BARISAN KEENAM
1. Keadaan Ummat: Kepala terputus dari badan
2. Amalan diDunia: Saksi palsu
3. Balasan diAkhirat: Neraka
BARISAN KETUJUH
1. Keadaan Ummat: Tiada lidah , keluar darah dan nanah dari mulut
2. Amalan diDunia: Enggan memberi kesaksian kepada kebenaran
3. Balasan diAkhirat: Neraka
BARISAN KELAPAN
1. Keadaan Ummat: Berjalan dengan kaki keatas dan kepala kebawah (terbalik)
2. Amalan diDunia; Penzina
3. Balasan diAkhirat: Neraka
BARISAN KESEMBILAN
1. Keadaan Ummat: Berwajah hitam , mata biru dan perut dipenuhi api
2. Amalan diDunia: Makan harta anak yatim
3. Balasan diAkhirat :Neraka
BARISAN KESEPULUH
1. Keadaan Ummat: Sakit sopak dan kusta
2. Amalan diDunia: Derhaka kepada dua ibu bapa
3. Balasan diAkhirat : Neraka
BARISAN KESEBELAS
1. Keadaan Ummat: Buta, gigi sepanjang tanduk kerbau jantan , bibir melebar sampai kedada dan lidah terjulur sampai keperut dan keluar beraneka kotoran
2. Amalan diDunia: Meminum arak
3. Balasan diAkhirat: Neraka
BARISAN KEDUA BELAS
1. Keadaan Ummat: Wajah berseri laksana cahaya bulan purnama.Melalui Titian Sirat saperti kilat.
2. Amalan diDunia: Beramal soleh . Menjauhi mungkar, memelihara solat lima waktu. Ketika meninggal dunia sudah bertaubat
3. Balasan diAkhirat: Syurga
Nampaknya pilihan kita cuma satu , BARISAN KEDUA BELAS. Melakukan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah s.w.t . Terima kasih.
Quote of the day
The power of the people is stronger than the people in power
No comments:
Post a Comment