Sekumpulan orang datang berjumpa satu keluarga dari Bani Ghannam untuk menyelesaikan satu permasalahan yang agak rumit . Mereka menemui seorang tua untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tetapi orang tua tersebut menyuruh mereka menemui abangnya. Apabila mereka sampai kerumah abang orang tua tadi , mereka terkejut, kerana orang itu kelihatan lebih muda dari orang tua tadi.Setelah bertanyakan permasalahan mereka, orang tersebut mensihati mereka supaya bertanya kepada abang dia yang sulung.
Katanya abang sulung itu lebih arif dan matang dalam permasalahan itu. Bila sampai dirumah abang sulung itu, sekumpulan orang tadi lagi terkejut kerana abang sulung ini lagi kelihatan muda dari adik-adiknya. Apabila ditanya abang yang sulung itu menceritakan bahawa adik bongsunya mempunyai seorang isteri yang cerewet dan suka berleter. Itulah sebab adiknya kelihatan tua. Isteri adik keduanya pula kadang-kadang berleter dan kadang kala penyayang. Itulah yang menyebabkan adik keduanya kelihatan tak berapa tua.bagi dia pula isterinya amat solehah dan dia kelihatan termuda dari adik-adiknya.
Oleh itu kalau anda semua mahukan awet muda, rahsia kebahagian untuk ceria selalu, cubalah tips berikut:
1. Cuba hidup dengan konsep sehari sehelai benang. Jangan cuba memikirkan terlalu banyak perkara dalam satu hari.
2. Lupakan yang telah berlalu jangan bebankan diri dengan penyesalan.
3. Jangan terganggu dengan kritikan .Gunakan kritik untuk membetul dan memperbaiki diri anda.
4. Jangan terlalu tertumpu dan resah dengan perkara-perkara yang belum berlaku.
5. Beri keyakinan pada Allah dan lakukan banyak kebajikan
6. Kalau anda mahukan keamanan , ketenangan dan keselesaan semuanya akan didapati dengan mengingati Allah
7. Anda mesti berkeyakinan penuh yang segala-galanya berlaku dengan izin yang maha kuasa.
8. Jangan harapkan ‘terima kasih’ dari semua orang
9. Latih diri anda untuk menghadapi keadaan yang mencabar
10. Segala yang berlaku mungkin baik untuk anda walaupun hasilnya tidak dapat dilihat ketika itu.
11. Segala yang telah ditetapkan Allah kepada yang beriman adalah baik untuk mereka.
12. Hargai dan bersyukur akan nikmat Allah
13. Ingatlah yang anda lebih beruntung dari ramai manusia lain.
14. Pertolongan akan datang dari masa kesemasa. Setiap masalah akan diikuti dengan pertolongan.
15. Dalam keadaan senang atau susah anda mesti selalu berdoa , sama ada dalam kesyukuran atau kesabaran
16. Bencana mestilah digunakan sebagai penguat semangat atau merubah cara anda bertindak
17. Jangan biarkan perkara yang remeh temeh menganggu anda.
18. Yakinilah Allah maha pengampun
19. Amalkan sikap bertenang dan jangan mudah marah
20 Hidup hanyalah air, makanan dan tempat berteduh. Jangan terganggu kalau anda tidak memiliki kebendaan yang lain.
21. Banyak perkara yang merisaukan anda tidak selalunya berlaku
22. Lihatlah kepada mereka yang lebih banyak kesusahan . Bersyukurlah kerana anda hanya menghadapi sedikit
23. Ketahuilah bahawa Allah menyayangi mereka yang menghadapi ujian dengan kesabaran
24. Selalulah mengamalkan doa-doa yang diajarkan oleh Rasullullah s.a.w semasa dalam kesusahan
25. Buatlah sesuatu yang bermakna kepada manusia dan jangan membuang masa.
26. Jangan mendengar atau menyebarkan berita angin
27. Ketahuilah bahawa dendam mendatangkan lebih mudarat kepada anda dari musuh anda. Jangan berdendam.
28. Kesusahan yang menimpa menebus dosa-dosa anda jika dilalui dengan kesabaran .
Tips awet muda ini tidak memerlukan modal atau kewangan, ia cuma memerlukan cara berfikir yang positif dan pengalaman sunnah Rasullullah s.a.w sebanyak mungkin. Terima kasih.
Quote of the day
Never look down on someone unless you’re helping them up.
No comments:
Post a Comment