Friday, April 5, 2013

PENGUCAPAN AWAM YANG BERKESAN BAHAGIAN 3



Bagaimana untuk mencari keyakinan diri . Berasa sedikit gementar sebelum berucap adalah perkara biasa dan adakalanya bermanafaat. Walau bagaimanapun terlalu gementar akan mencacatkan pengucapan anda. Disini diberi beberapa tip untuk mengawal perasaan gementar semasa berucap dan sekali gus memberi keyakinan diri semasa berucap :

1. Ketahui bahan ucapan anda. Ketahui kandungan melebihi dari yang akan diucapkan .Gunakan jenaka, cerita peribadi dan bahasa yang bersahaja. Cara ini anda tidak akan mudah lupa.

2. Praktis, Praktis, Praktis : Latih dengan suara yang kuat. Ingat perkataan-perkataan penting. Latih pernafasan dan jangkamasa ucapan.

3. Ketahui penonton/pendengar . Jumpa dan kenali mereka sebelum berucap. Ini akan menambah keyakinan anda.

4. Biasakan dan ‘jelajah’ tempat anda berucap. Tiba awal , lihat kelengkapan yang disediakan.

5. Relak. Mulakan dengan kata-kata aluan. Tenang, senyum, kemudian baru mulakan ucapan. Ubahlah perasaan gemuruh kepada keyakinan.

6. Bayangkan diri anda berucap. Suara yang kuat, jelas dan berkeyakinan. Bayangkan penonton bertepuk tangan , pasti keyakinan anda akan meningkat.

7. Sedarlah penonton mahukan anda berjaya.Mereka mahukan anda menyeronokkan, meransang, berinformasi dan meyakinkan.

8. Jangan meminta maaf atas masalah atau perasaan gemuruh anda. Penonton mungkin tidak menyedarnya.

9.Tumpukan kepada mesej, bukan cara penyampaian. Dengan memberi tumpuan pada mesej dan penonton anda akan lupa perasaan gemuruh anda.

10. Dapatkan peluang berucap sebanyak mungkin untuk menambah pengalaman. Pengalaman akan membina keyakinan. Alah bisa tegal biasa.

Quote of the day

Nothing in life is to be feared, it is only to be understood. Now is the time to understand more, so that we may fear less.

No comments:

Post a Comment