Tuesday, April 30, 2013

MAIN DAUN






Pagi  tadi saya menyapu daun-daun yang berguguran dihalaman rumah, tiba-tiba anak kucing saya datang melompat ketimbunan daun-daun dan bermain dengan daun-daun tersebut.
Teringat semasa dikampung masa budak-budak dulu. Kami cuma bermain disekitar kampong dan menggunakan bahan-bahan yang terdapat didalam kampong sahaja, umpamanya:

1. Main laga (lawan) biji getah: Cara bermain , dua biji getah yang dipunyai peserta berlainan dihimpitkan dalam genggaman .Biji getah yang pecah , kalah. Mudah, murah dan menghiburkan.


2. Main bulu ayam:  Beberapa helai bulu ayam diikat dengan getah dan ditendang keudara sebanyak mungkin. Yang paling banyak kali ‘menimbang’ (menendang) bulu ayam tersebut menang. Berpeluh tapi menghiburkan.


3. Batu Seremban: Menggunakan batu kecil atau biji getah juga, dibaling keudara sambil mengambil yang lain dilantai. Menghiburkan.


4. Congkak : Sekarang sudah moden. Banyak kayu congkak yang terjual. Dulu korek saja dalam tanah gunakan biji dan buah-buahan keliling rumah saja.


5. Gasing : Ada yang menangis kalau gasingnya pecah 


6. Pistol buluh: Diperbuat dari buluh kecil dan mempunyai ‘penekan’ untuk menolak peluru. Peluru diperbuat dari buah-buahan kecil atau kertas yang sudah direndam, dibulatkan saperti peluru .


Banyak juga permainan –permainan dikampung  yang agak sedikit bahaya(daring) dan sedikit nakal, tapi tidaklah sampai mengambil dadah atau fornografi saperti anak-anak sekarang. Diantara permainan tersebut, menembak ikan dalam sungai, memanjat pokok untuk menggetah ( menjerat) burung, melompat kesungai dari jambatan dan kadangkala melastik burung. Kalau burung tak dapat mulalah melastik ‘pot getah’ (cawan getah) . Itulah kenangan permainan kampong dulu.


Islam pula menggalakkan sukan untuk umatnya supaya sihat dan kuat. Rasullullah s.a.w bersabda:

“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah”. (hadis riwayat Muslim)
Diantara sukan yang digalakkan dalam Islam ialah:

1. Memanah

2. Berkuda

3. Berenang

4. Gusti

5. Berlumba lari

Walau bagaimanapun semasa bersukan ada beberapa perkara mesti dititik beratkan umpamanya :

1. Jangan sampai lalai atau meninggalkan ibadah

2. Jangan sampai menimbulkan pertikaian

3. Jangan memihak terhadap sesuatu pasukan sampai menimbulkan permusuhan dan dendam.

4. Jangan melemparkan kata-kata kesat

5. Jangan melibatkan kedua-dua jantina dalam satu permainan hingga menjatuhkan moral

6. Jangan ada unsur-unsur judi

Walau apapun yang kita lakukan , kita mesti sentiasa merujuk kepada Islam. Salah satu panduannya telah diberi :

“Hai orang yang beriman , janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya  Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas” (al-Maidah:87 )

Bersukan dan carilah hobi supaya hidup lebih tenang dan teransang. Terima kasih.

Quote of the day

No man hath given his child anything better than good manners.

2 comments:

  1. cantiknya kucing... must be expensive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abu,
      Mak anak kucing ni sesat dan tak tau nak balik rumah dia. Kami bela dan ini lah anak dia yang comel ni.

      Delete