Satu
ketika dulu saya meminati kereta antik ( vintage ) . Ketika itu saya memandu
Morris Minor dua pintu. Malangnya meter minyak kereta tersebut tidak berfungsi,
jadi saya kemana-mana sentiasa membawa minyak ‘spare’.
Satu hari
saya ternampak satu keluarga berhenti di
tepi jalan tak jauh dari simpang ke Subang Jaya. Bila di tanya masalah mereka ,
saya di beritahu yang kereta mereka kehabisan minyak. Saya terus memberikan
minyak ‘spare’ saya. Alangkah gembiranya mereka dan saya juga turut gembira
kerana dapat membantu .
Kita perhatikan
Hadis Rasulullah SAW berkaitan TOLONG MENOLONG :
Daripada Abu Hurairah r.a.
daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
“Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin
daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan
melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat.
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim,
nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa
bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.
Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut
ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga.
Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah
rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan
mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas
mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para
malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang
berada di sisiNya.
Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab
keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.”
(Hadis diriwayatkan oleh Al-lmam Muslim )
Pengajaran Hadis:
(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.
(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.
(4) llmu adalah cahaya menuju ke Syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke Syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati Allah. Para Malaikat turun mengelilingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para penghuni langit.
(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki Syurga dengan amalannya dan rahmat Allah, bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di Akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung Hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari Akhirat nanti.
Mudah mudahan kita sentiasa bersemangat untuk menolong . Terima kasih
kerana menolong saya membaca blog hari ini.
No comments:
Post a Comment