Tuesday, April 1, 2014

CARA CARA MENDEKATI ALLAH : BAHAGIAN 3





Dulu semasa isteri saya bertugas dengan MAS , dia selau terserempak dengan pelatih-pelatih Pramugari. Mereka ini dilatih untuk sentiasa senyum kepada sesiapa yang di temui , hinggakan dalam tandas pun mereka akan mengucapkan salam kepada orang Islam yang mereka temui. Satu latihan untuk komersial. Tetapi dalam Islam kita digalakkan untuk sentiasa senyum , hingga senyum ini di kira sebagai ibadah.

Berikut adalah sambungan cara-cara kita untuk mendekati Allah :

17. Senyum kepada semua orang yang di izinkan oleh Islam. Senyuman anda membawa erti yang besar kepada mereka dan anda akan di beri ganjaran pahala.

18. Maafkan , lupakan dan senyum selalu. 

19. Peluk ibu bapa anda , cium tangan dan dahi mereka . Taat pada mereka kecuali yang bercanggah dengan kehendak Allah.

20. Air mata bukan untuk wanita sahaja. Menangislah semasa mengingati Allah .

21. Kalau anda di kritik , muhasabahlah diri anda. Betulkan jika ada kesilapan , lupakan kalau semua nya ok.

22. Baca Al Quran setiap hari bersama terjemahannya. Renung maksudnya juga.

23. Jangan terpedaya dengan pujian dan glamour anda , semuanya tidak kekal.

24. Jangan memandang rendah pada manusia lain, mereka mungkin lebih mulia di sisi Allah dari kita.

25. Sebarkan risalah ini kepada semua kenalan anda semoga mereka juga akan turut mendampingi Allah. Turut dengan doa juga untuk mereka.

Kita saksikan ceramah oleh Syeikh Hasan Ali berkenaan tanda tanda manusia yang rapat dengan Allah :



Cubalah sedaya upaya supaya sentiasa mengingati dan mendekati Allah, mudah mudahan kita sentiasa dalam mendapat kasih sayangNya.

Terima kasih atas masa yang anda luangkan , kerana amat bernilai untuk kita semua.








No comments:

Post a Comment