Zohor tadi saya tidak solat
di Subang Jaya . Saya solat di satu Mesjid yang kebetulan sebelum solat Zohor
ada kuliah dan hari ini penceramah memperkatakan bab LIDAH.
Banyak telah di perkatakan
hingga saya dah lupa kerana tak disalin . Yang saya ingat sikit sikit :
1. Jangan mengata
2. Jangan memuji-muji
berlebihan
.
3. Jangan berbohong dan
banyak lagi perkara yang anda semua sudah maklum.
Dikatakan juga tadi dengan
panjang lebar bab memuji . Banyak orang dikatakan memuji-muji pemimpin yang
zalim dengan harapan mendapat sesuatu ganjaran.
Pemimpin yang zalim ini
tidak boleh dipuji kerana dia akan lebih ‘perasan’ dan tidak sedar akan
kezalimannya. Malah kita tidak boleh cenderung kepada pemimpin yang zalim
saperti yang dikatakan Al Quran Surah Hud ayat 113 bermaksud :
“Dan janganlah kamu
cenderung kepada orang orang ynag berlaku zalim, maka ( kalau kamu berlaku demikian ) api neraka
akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain
dari Allh. Kemudian ( dengan sebab kecenderongan kamu itu ) kamu
tidak akan mendapat pertolongan”
Oleh itu hati hatilah dengan
lidah kita supaya kita selamat dunia dan akhirat.
Terima kasih atas waktu yang
anda berikan .
No comments:
Post a Comment