Saturday, April 5, 2014

HENDAK SERIBU DAYA




Hendak seribu daya adalah pepatah Melayu yang bermaksud ‘bersungguh sungguh’.Selepas solat Maghrib tadi , saya terlihat seorang jemaah surau mengambil Al Quran yang paling besar dan terus membacanya. Kemudian saya bertanya : “Mengapa ambil Quran yang paling besar sekali” Rupa-rupanya dia tertinggal cermin mata membaca, tetapi tidak mahu membuang masa tanpa membaca Al Quran . Itulah sikap bersungguh sungguh beliau saperti dikatakan oleh surah Al Ankabut ayat 69 bermaksud :

“Dan orang orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami , sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan ) dan sesungguhnya ( pertolongan dan bantuan ) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”

Semoga kita mempunyai kekuatan dan kesungguhan maksud ayat tersebut.

Terima kasih atas kesungguhan anda.








No comments:

Post a Comment