Petang tadi semasa balik memancing dengan seorang kawan Indonesia , kami ditahan polis. Kawan Indonesia saya tiba-tiba pucat. Rupa-rupanya dia tiada permit pekerja. Soal jawab mengambil masa yang agak lama. Bukan kawan saya yang nampak begitu resah gelisah , susah , berpeluh sampai basah tetapi saya juga turut rasa sesak dan nak muntah.
Cuba kita bayangkan bila
kita berdepan dengan soalan Allah SWT di akhirat nanti . Oh ya , kalau anda tidak
mahu gelisah , berikut adalah soalan-soalan yang akan di tanya . Bersiap
sedialah ! :
1. Tentang umur – untuk apa
umur itu dihabiskan .
2. Tentang ilmu , untuk apa
ilmu itu di fungsikan.
3. Tentang harta , dari mana
di perolehi , kemana di belanjakan.
4. Tentang tubuh badan ,
untuk apa kenikmatam digunakan.
Marilah kita muhasabah diri
kita tentang soalan diatas kalau jawabannya tidak mengikuti syariat Islam ,
malanglah kita. YA ALLAH, AMPUNLAH DOSA DOSA KAMI , AMIN.
Terima kasih kerana
mengambil masa untuk muhasabah diri.
No comments:
Post a Comment