Ada tiga
perkara yang di sukai oleh Allah SWT . Maksud Hadis Rasullullah SAW :
Daripada
Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud RA katanya, “Aku bertanya kepada nabi SAW,
apakah amalan yang paling Allah suka?” Jawab Nabi SAW, “Mengerjakan sembahyang
dalam waktunya”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawabnya, berbuat baik
kepada kedua-dua ibubapa”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?” Jawabnya, “Jihad
untuk menegakkan agama Allah”. (HR Bukhari dan Muslim)
Huraian
Hadith:
1. Islam menghendaki umatnya supaya
menyegerakan sembahyang apabila telah masuk waktunya, berbuat baik kepada
ibubapa dan berjuang menegakkan agama Allah.
2. Umat Islam diberi ingat supaya
tidak mengabaikan tanggungjawab mereka kepada ibubapa kerana akibatnya adalah
dosa yang amat besar.
3. Kewajipan tulin terhadap Allah
yang paling afdhal selepas dua kalimat syahadah ialah sembahyang, kewajipan
terhadap manusia yang paling afdhal ialah berbakti kepada ibu bapa dan jenis
pengorbanan yang paling afdhal ialah jihad, kerana jihad ialah wasilah
dan cara untuk memelihara hak Allah dan hak manusia.
4. Disebut "بر الوالدين" berserta
dengan sembahyang menunjukkan ia sangat penting untuk menghargai jasa dan susah
payah ibu bapa.
Sumber : Kitab Riyadh As-Solihin
Terima kasih atas waktu anda. Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment