Semalam setibanya di Surau
untuk solat Magrib , hujan turun dengan lebat. Saya relax sebentar didalam
kereta, untuk menunggu hujan reda, tiba-tiba kedengaran tingkap cermin diketuk
. Seorang jemaah Surau kelihatan menunggu dengan payung. Yang sedikit
menghairankan sahabat itu memakai payung kecil, berukuran untuk kanak-kanak
ataupun boleh dikatakan payung mainan.
Dalam kelam kabut hujan lebat itu, dia mengajak juga saya keluar bersama dia ke Surau. Kedua –dua kami basah, tapi sama-sama tersenyum dan gembira atas pengalaman tersebut.
Begitulah indahnya kasih mengasihi dalam Islam. Hingga ada Hadis Rasullullah SAW mengatakan dengan maksud :
Daripada Abu Hamzah Anas bin
Malik r.a , pembantu Rasullullah SAW , Baginda bersabda :
Maksudnya : “Tidak beriman (
secara sempurna )seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia
mencintai dirinya sendiri”
( Riwayat al Bukhari no 13,
Muslim no 45 dan Ahmad no 18076 )
Terima kasih kerana turut merenungkan erti kehidupan dalam Islam. Untuk rujukan seterusnya anda boleh dapati dari “HADIS 40 –IMAM NAWAWI” Hadis no 13 .
Terima kasih sekali lagi.
Assalamualaikum Abang Yamin, apa khabar?
ReplyDeletesemoga abang dan seisi keluarga sihat dan sentiasa di dalam peliharaan Allah swt... ameen!