Sunday, April 6, 2014

SATU KEBAIKAN






Sejak air di catu di Selangor , banyak kebaikan yang dapat kita lihat diantaranya :

1. Orang orang Islam berkumpul dan bersolat meminta hujan diturunkan.

2. Semasa menunggu air datang dengan lori, penduduk setempat berinteraksi antara satu dengan lain.

3. Mesjid mesjid di kunjungi ramai orang , walaupun setakat nak mengambil air, tetapi mereka datang ke mesjid untuk mengadu hal. Mudah mudahan akan istiqamah berjemaah selepas itu.

4 Ramai orang dapat menilai air dengan sempurna . Tidak lagi membasuh kereta , menyiram pokok dengan boros.

5. Orang ramai tidak lagi mengambil wudhuk di mesjid dan rumah saperti memandikan gajah.

6. Sentiasa dalam wudhu untuk jimatkan air.




Mudah mudahan dengan peristiwa pencatuan air ini kita dapat merenung ayat-ayat Allah di antaranya Surah Al Hajj ayat 63 yang bermaksud :

“Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit , lalu menjadikan bumi ini hijau subur ( dengan sebabnya )? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah lembut ( urusan tadbirNya) lagi Maha Mendalam pengetahuanNya ( akan hal ehwal sekalian makhkukNya )”

Mudah mudahan keinsafan kita berkenaan ujian kekurangan air ini tidak bermusim . Teruskan menginsafi ujian Allah . Terima kasih.






No comments:

Post a Comment