Berikut adalah cerita benar
yang di ceritakan oleh Syeikh Mohsin al Ahmad . berlaku di Abha Arab Saudi.
Suatu hari seorang gadis
bersiap-siap untuk perkahwinannya pada suatu malam. Dalam ssibuk-sibuk membuat
persiapan , wudhuknya terbatal. Dia pun memberitahu ibunya yang dia akan
membasuh ‘make up’ untuk mengambil wudhuk untuk solat Isyak.
Ibunya agak tidak setuju
kerana apa akan terjadi bila gadis tersebut membasuh ‘make up’ nya . “Tentulah
kamu akan kelihatan pucat dan tidak cantik dihadapan tetamu” kata ibunya.
Walau bagaimanapun gadis
tersebut meminta diizinkan solat Isyak walaupun akan kelihatan tidak berseri
diwajah manusia. Akhirnya , semasa gadis tersebut solat Isyak, Allah mengambil
nyawanya.
Alangkah indahnya, nyawa
gadis tersebut berakhir semasa solat, walaupun pada awalnya si ibu tidak setuju
atas keputusan gadis itu untuk berwudhuk dan membasuh ‘make up’ nya.
Kalau kita nak dilihat
cantik ,kemas atau kacak , biarlah pandangan itu , pandangan Allah SWT bukan
manusia.
Terima kasih atas pandangan
anda.
No comments:
Post a Comment