Kenali Allah kerana Dia
terlalu mengenali kita. Allah mengetahui rahsia kita, ketakutan kita, perasaan
kita dan segala-galanya yang tidak diketahui manusia lain. Dia Maha Mengetahui.
Dia mengetahui sejauh mana
kita mengasihi orang-orang sekeliling kita . Dia tahu kerisauan kita. Dia
mengetahui sebanyak mana hati kita tercalar , berapa kali kita menangis
kesedihan , hampa dan derita. Dia nampak segala-galanya.
Raja kepada segala raja. Pemilik
seluruh alam dapat melihat titisan air mata kita, nampak gerak hati kita. Kita
sangka kita menderita keseorangan . Tidak kita bukan keseorangan .Allah
mengetahui segala-galanya . Tarik nafas panjang-panjang. Bersyukurlah atas
segala pemberian Allah dan bacalah ayat 29 surah 3 yang bermaksud :
Katakanlah ( Wahai Muhammad ) : “Jika kamu sembunyikan
apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya , nescaya Allah
mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di
bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment