Sunday, April 13, 2014

KHIDMAT




Jika semalam kita bercerita tentang sikap tolong menolong , hari ini kita berbincang atas tajuk yang hampir sama . Cuma kita namakan ia sebagai 'khidmat'

Semalam saya tertarik melihat payung-payung yang selalunya bersepah di surau telah tersusun rapi. Rupa-rupanya ada jemaah surau yang mempunyai ‘skill’ bertukang , telah membuat tempat menggantung payung-payung tersebut. Kalau ada kemahuan , begitu mudah, macam –macam khidmat kita boleh beri pada surau ataupun masyarakat.


Diantara lain umpamanya :

1. Ilmu . Jika anda orang yang berilmu dalam apa bidang pun , sampaikan pada orang lain, dan ini salah satu bekalan yang akan dibawa ke akhirat nanti.

2. Harta. Berikan kepada yang memerlukan.

3. Waktu dan tenaga. Buat kerja-kerja kesukarelawan.

4. Petah bercakap. Ajarkan ilmu pengucapan awam atau pujuk masyarakat dalam berjemaah.

5. Akhlak yang baik. Pikat masyarakat membuat sesuatu khidmat untuk masyarakat.Jadi pemimpin tempatan.


Banyak lagi khidmat yang anda boleh lakukan . Terpulang kepada kebolehan dan kelebihan masing-masing. Yang penting, sentiasa mencari peluang untuk menyumbangkan khidmat anda, walaupun setakat menunjukkan arah tandas atau menghadiahkan slipper kepada mereka yang kehilangan kasut. Khidmat itu manis , cubalah !

Terima kasih atas waktu anda.










No comments:

Post a Comment