Friday, April 11, 2014

HADIAH





Minggu sudah seorang sahabat juga jemaah di Surau datang meminjam ‘ball pen’ saya.Katanya, saya seoranglah yang membawa pen ke Surau. 

Semalam dia memberikan saya satu kotak kecil , “Hadiah” katanya. Rupa- rupanya dia menghadiahkan saya sebatang pen berjenama ‘Franklin Covey’  .  Subhanalllah , saya dihadiahkan sebatang pen kerana meminjamkan ‘ball pen’ yang usang.

Walau bagaimanapun , Rasullullah SAW banyak memperkatakan tentang hadiah , diantara Hadis hadiah , bermaksud :

“Kalian harus saling memberi hadiah maka kalian akan saling mencintai” (HR Imam Al Bukhari) 

“Barangsiapa diberi saudaranya kebaikan dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak dia minta , maka hendaknya diterima dan janganlah menolaknya. Sesungguhnya yang demikian itu rezeki yang diberikan Allah kepadanya” (HR –Imam Ahmad )

Dari Aisyah RA , dia menceritakan  “ Nabi SAW sentiasa menerima hadiah dan memberikan balasan atasnya” (HR Imam Bukhari )

Begitulah indahnya hadiah. Isyak tadi saya mengulangi ucapan terima kasih kepada sahabat yang memberikan saya hadiah sebatang pen itu. Terima kasih juga pada anda yang menghadiahkan waktu anda membaca blog ini. Kalau ada sedikit kebaikan sila beritahu keluarga dan kawan-kawan.









No comments:

Post a Comment