Wednesday, April 16, 2014

KETEPATAN WAKTU




Baru- baru ini saya berbual dengan seorang sahabat yang baru balik dari Jepun. Saya tanyakan kepada dia apakah satu perkara yang mengkagumkan beliau tentang budaya Jepun. Jawabnya , ketetapan waktu.

Umpamanya kalau tren dijadualkan tiba jam 10.05 pagi, tren akan tiba tepat pada waktunya. Kalau ada tren tiba 10 pagi , jangan naik. Itu bukan tren yang kita patut naik. Begitulah ketetapan waktu orang Jepun, satu dua minit pun di kira.

Tetapi , kita orang Islam telah di didik dengan ketetapan waktu, waktu solat umpamanya telah di sebutkan didalam Al Quran , bermaksud :

“Peliharalah kamu  (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya ) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta ( sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah ( dalam sembahyang kamu ) dengan taat dan khusyuk”

Berbuka puasa juga kena mengikut waktu tertentu, sehingga ke minit yang tepat, begitulah dengan banyak ibadat dan perkara lain, ketetapan waktu amat ditekankan.

Berkenaan pengisian waktu pula Allah berfirman dalam Al Quran bermaksud :

“ 1. Demi Masa ! 2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. 3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Orang Islam sudah ada panduan tentang waktu – Al Quran. Adakah kita beramal dengannya ?

Terima kasih atas penggunaan waktu anda kepada sesuatu yang bermanafaat.











No comments:

Post a Comment