Hari ini 22April adalah ‘Hari
alam sekitar’ sedunia. Seluruh dunia menyambut hari alam sekitar ini dengan
membuat beberapa program menyedarkan manusia tentang betapa teruknya keadaan
alam sekitar seluruh dunia sekarang dan mengajak penduduk dunia sama-sama
memelihara kebersihan dunia.
Tetapi Islam telah lama
menekankan betapa mustahaknya menjaga kebersihan. Umpamanya berkaitan air,
Rasulullah SAW telah mengatakan dalan Hadisnya yang bermaksud :
1. “Janganlah ada dalam
kalangan kamu membuang air kecil didalam air yang tenang kemudian mandi dengan
air tersebut” ( HR Imam Muslim )
2. “Apabila salah seorang
diantara kamu bangkit dari tidurnya, janganlah dia mencelupkan tangannya
dedalam bekas air sebelum membasuhnya terlebih dahulu sebanyak tiga kali kerana
dia tidak dimanakah tangannya diletakkan ketika tidur” (HR Imam Muslim)
Jika kita renungkan
hadis-hadis ini , lihatlah betapa telitinya Islam mengawal air tercemar.
Sambutlah hari alam sekitar dengan mengamalkan ajaran dan petunjuk yang
diberikan oleh Islam berkaitan alam sekitar.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment