Wednesday, April 30, 2014

MENGAPA AKU ?




Arthur Robert Ashe salah seorang pemain Tennis Wimbledon yang tersohor. Dia telah sakit tenat (AIDs ) . peminat dari seluruh dunia telah mengirimkan surat sokongan moral dan banyak yang bertanya “ Mengapa Tuhan memilih kamu untuk menerima sakit yang kronik itu ?”

Soalan ini di jawab Arthur ke seluruh dunia. 

Umur 5  tahun Arthur mula belajar Tennis.

50  lagi anak-anak setempat turut belajar Tennis. 

5  anak setempat  terpilih belajar Tennis secara Professional.

50,000 penonton datang menyaksikan mereka bermain.

5,000 mencapai ‘Grand Slam’

50 sampai ke Wimbledon

4 sampai ke separuh akhir  atau 

2 ke ‘ Final’


Semasa aku memegang piala kemenangan , aku tidak pernah bertanya ‘Mengapa aku jadi juara” 

Dan hari ini semasa kasakitan mengapa aku mesti merungut , mengapa aku yang kau turunkan ujian wahai Tuhan ?

Bersyukurlah kepada Allah atas 99.99% kebaikan yang kita terima dalam kehidupan. Ucapkanlah Alhamdulillah.

Terima kasih pada anda semua .Terima kasih.






Tuesday, April 29, 2014

CIPLUKAN




Dua minggu sudah saya memandu bersama kawan dari Indonesia di Rantau Panjang Kelang. Tiba tiba dia menjerit “Berhenti Pak Aji , saya mau ambik pokok ‘ciplukan’ di tepi jalan itu” . 

Saya separuh terkejut berhenti dan melihat dia mencabut pokok-pokok tersebut. Di fahamkan pokok tersebut tinggi nilai perubatannya di Indonesia, hingga mencecah harga RM50 segenggam.


Di antara khasiat ‘ciplukan’ , ia boleh mengubati penyakit-penyakit berikut Inshaa Allah :

1. Mengubati prostat bengkak

2. Mengatasi kencing manis

3. Sakit paru-paru

4. Influenza

5. Batuk-batuk

6. Bisul

7. Epilepsi


Cara pemakanan untuk mengubati kencing manis. ‘Ciplukan’ yang sudah berbuah dicabut bersama akarnya dan dibersihkan . Di rebus dengan 1.5 liter air sehingga mendidih , sehingga tinggal 1/2 liter . Di minum sehari sekali .

Begitulah rahasia kejadian Allah. Masih banyak yang belum kita ketahui. Teruskan membuat selidikan.

Terima kasih atas waktu anda. Bila berjalan-jalan dikampung nanti , cubalah cari pokok ‘ciplukan’ yang mungkin tumbuh liar di sekitar tempat anda.





 



Monday, April 28, 2014

HUJAN




Alhamdulillah , di hari-hari kebelakangan ini hujan turun hampir setiap hari di Selangor. Cuaca bertambah selesa , pokok-pokok tumbuh menghijau. Hujan yang turun ini berkait rapat dengan amalan kita umat Islam kerana Allah telah berfirman dengan maksud :

“Jika sekiranya penduduk negeri negeri beriman dan bertaqwa , pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi”  (Al A’raf -96)

FirmanNya lagi bermaksud :

“Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup . Dan mengapakah mereka tiada juga beriman” ( Al Anbiyaa -30 )


Bila hujan tidak turun , semua orang merungut , tetapi berapa ramai yang menadah tangan berdoa memohon kepada Allah .

Terima kasih dan kalau anda kelapangan banyak lagi Hadis dan ayat Al Quran berkaitan hujan ini. Elok juga jika di panjangkan pencarian anda. Salam.








Sunday, April 27, 2014

POKOK




Setiap hari berjuta pokok di tebang di seluruh dunia. Keadaan ini amat menakutkan hingga ramai pendududk dunia yang rasa bertanggung jawab telah membuat protes, tetapi atas dasar kerakusan manusia untuk membuat protes mereka tidak diindahkan lansung.


Walau bagaimanapun kita tidak boleh berputus asa . Dalam skala yang kecil kita boleh menanam pokok-pokok disekeliling rumah kita, ataupun dikawasan dan premis dalam bidang kuasa kita saperti mesjid, surau , sekolah-sekolah atau taman awam yang kita dibenarkan menanam pokok.


Hadis Rasullullah SAW yang bermaksud :

“Seorang Muslim yang menanam pokok atau tanaman , lalu tanaman itu dimakan oleh burung, manusia atau binatang ternakan maka semuanya itu adalah dikira sebagai sedekah”


Jadi dalam hal-hal bercucuk tanam ini tidak ada istilah ‘rugi’ . Semuanya di beri ganjaran oleh Allah SWT. Sama-samalah kita menanam dan menggalakkan ramai lagi mesyarakat turut menanam lebih banyak pokok.

Terima kasih atas waktu anda dan sama-samalah kita menjadikan konsep ‘hijaukan’ alam sekitar kita.







Saturday, April 26, 2014

Friday, April 25, 2014

SANGKA BAIK TERHADAP ALLAH





Tadi saya terbaca satu puisi yang mudah tapi penuh makna . Saya rasa saya ingin berkongsi puisi tersebut bersama anda semua yang saya petik dari yoraanastasha.tumblr.com 

Ketika aku meminta pada Allah setangkai bunga segar,

Dia beri aku kaktus berduri…


Ketika aku meminta pada Allah binatang yang lucu dan cantik,

Dia beri aku ulat berbulu…


Aku sempat sedih, protes dan kecewa…

Namun kemudian kaktus itu berbunga sangat indah,


dan ulat itu pun berubah menjadi kupu-kupu yang cantik…


Itulah jalan Allah SWT..

Indah pada waktunya..

Allah tidak memberi apa yang kita inginkan,

namun memberi apa yang kita perlukan..

Kadang kita sedih dan kecewa,

tapi jauh di atas sana, Dia sedang merencana yang terbaik untuk kehidupan kita…

Sentiasalah bersangka baik terhadap Allah.  Saya doakan semoga kita semua sentiasa di beri petunjuk dan ketenangan oleh Allah SWT. 

Terima kasih atas penyertaan anda .