Semalam pergi kenduri kahwin
sepupu menikahkan anaknya di ENSTEK, berhampiran F1 Sepang . Memang seronok
dapat ‘makan free’ . kambing bakar dan masak kuning lembu campur cendawan. Tapi
yang lebih indah lagi ialah dapat bertemu keluarga beasr dari seluruh
Semenanjung dan sekali gus merapatkan silaturrahim.
Firman Allah , “Bertaqwalah
kepada Allah yang dengan ( mempergunakan) namaNya kamu salaing meminta satu
sama lain dan peliharalah hubungan silaturrahim ( An Nisa’- 1 )
Diantara keutamaan silaturrahim
:
1. Merupakan sebahagian dari
konsekuensi Iman dan tanda-tandanya.
2. Mendapatkan keberkatan
umur dan rezeki.
3. Salah satu penyebab utama
masuk syurga dan jauh dari api neraka.
4. Amalan yang paling
dicintai oleh Allah dan paling utama.
Amalan mengeratkan
silaturrahim ini bukan saja perlu dilakukan semasa majlis-majlis perkahwinan
atau ‘Hari Raya’ , malah perlu dilakukan sekerap yang mungkin.Terima kasih
kerana menziarahi saya di blog ini semoga anda dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim anda dengan mereka yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment