Friday, October 31, 2014

MELAWAN ALLAH - TITANIC



Terima kasih kerana menonton.

Wednesday, October 29, 2014

PERJALANAN MENCARI KEBAHAGIAN




Semua manusia mencari kebahagian . Ada yang mencari kebahagian dunia, dan ada yang mencari kebahagian dunia dan akhirat. Ada yang mencari kebahagian dengan mendaki bukit. Ada yang melompat ke laut. Ada yang terbang dengan belon panas. Ada yang mengambil dadah dan ada yang berzikir beribu-ribu kali banyaknya.

Walau apapun kita saksikan bagaimana pengalaman seorang bukan Islam mencari kebahagian . Akhirnya bertemu kebahagian dalam Islam.Ikuti pengalaman saudara Abu Sumayyah Lebron berikut :



Bagaimana kita yang dah berada dalam Islam ? Terima kasih atas waktu dan perhatian anda.








Tuesday, October 28, 2014

SANTUNI ANAK-ANAK ANDA





Hati- hati bila berkomunikasi dengan anak-anak. Diantara perkataan yang tidak boleh diucapkan ialah :

1. Pergi dari sini.

2. Jadi kamu lah yang menyebabkan ......

3. Diam. Jangan menangis

4. Mengapa kamu tak boleh macam....

5. Nantilah bila ayah balik nanti

6. Cepat, cepat

Itulah sebabnya Mufti Menk mengajak kita menyantuni anak-anak kita.



Terima kasih , mudah mudahan anak-anak kita tidak ada masalah sedemikian.







Monday, October 27, 2014

KESIAN JUSTIN





Janganlah hidup menunjuk-nunjuk . Hidup mengikut kadar kemampuan masing-masing. Ikuti ceramah Ustaz Nouman Ali Khan.



Terima kasih.

Saturday, October 25, 2014

PAKAIAN UNTUK TEMUDUGA




Kalaulah kita dipanggil untuk temuduga , walaupun untuk jawatan yang biasa-biasa saja, sudah pasti kita memilih pakaian yang terbaik dalam almari kita. Digosok dengan rapi pula, ditambah dengan wangian.

Tiap minggu , kita bertemu Allah pada hari Jumaat di mesjid-mesjid . Lihat sajalah pakaian mereka yang menghadapi Allah pada hari yang mulia itu. Bukan saja pakaian yang tak senonoh , malah seluruh badan berbau rokok. 

Ikuti penerangan oleh Sheikh Hamza Yususf atas tajuk yang berkaitan :



Terima kasih dan silalah ubah mereka yang dalam bidang kuasa anda. 







Friday, October 24, 2014

KAGUM DENGAN KEBOLEHAN MANUSIA




Pernahkah anda melihat pertunjukan ahli akrobatik Cina ? Mengayuh basikal satu roda , membawa piring diatas kepala . Membalingkan piring kepada kawan yang lain sambil mengayuh basikal satu roda tersebut memang hebat. Mereka berlatih bertahun-tahun.

Tetapi kejadian Allah lebih hebat lagi. Galaxi berputar tanpa berlaga. Ikan boleh hidup didalam air. Burung boleh terbang . Manusia boleh mengandung. Malangnya kita tidak hairan , tidak tercengang , tidak mampu untuk memuji Allah.

Ikuti penerangan video berikut oleh Sheikh Hamzah Yusuf:



Terima kasih. Banyak-banyaklah kita memuji Allah.