Sunday, June 30, 2013

HARI INI SAYA AKAN.....





Menjadi kuat sehingga tiada yang akan mengganggu ketenangan jiwa saya. Bercakap tentang kesihatan , kegembiraan dan kemakmuran kepada setiap orang yang saya jumpai

Menyuntik ‘perasaan istimewa’ kepada setiap kawan yang saya akan jumpa. Melihat sudut hikmah dari semua yang belaku dan menggunakannya sebagai ransangan untuk berjaya

Berfikir hanya kearah kebaikan,bekerja hanya ketahap terbaik dan mengharapkan yang baik-baik sahaja. Bergembira dengan kejayaan orang lain sama saperti kejayaan diri sendiri.

Melupakan kesilapan yang lalu dan menumpukan kejayaan akan datang. Sentiasa mempamirkan wajah ceria dan memberikan senyuman kepada setiap makhluk yang ditemui

Menumpukan sepenuh masa untuk memperbaiki diri dan ibadah sendiri , hingga tiada masa untuk memerhatikan kecacatan orang lain.

Berazam tidak akan runsing , terlalu mulia untuk marah, terlalu berani untuk takut dan terlalu gembira untuk menerima kehadiran masalah.

Berkeyakinan kuat atas diri sendiri dan mempamirkan dengan membantu insan  lain. Beriman penuh pada Allah dan meyakini pertolongan Allah selagi saya berada dijalan yang benar. InshaaAllah.


Quote of the day







Saturday, June 29, 2013

BERAKHIRNYA SATU RIWAYAT




Tak lama dulu saya bersama seorang sahabat pergi ke satu bengkel kereta. Semasa dia berurusan didalam, saya merayau-rayau diluar bengkel dan terlihat sebuah kereta yang sudah tamat riwayatnya ( lupus ) tersadai seolah-olah menunggu masa untuk dikebumikan . Kereta tersebut adalah dari golongan kereta mewah yang berjenama. Saya lihat kedalam , kerusinya diperbuat dari baldu, mempunyai aksoseri canggih zaman itu. Ada ‘sports rim’ . tentulah ia dimilki orang kaya, ternama atau seorang menteri ketika itu. 

Di pandu kesana kesini oleh seorang ‘supir’ ( driver) satu bahan kebanggaan kepada tuannya, satu bahan yang membuat kita terasa kecil atau membuat ramai yang berangan. Tempat yang dilawati kereta tersebut mestilah hotel-hotel mewah, restoran besar , parlimen atau ‘club house’ yang mahal harga keahliannya. Itu dulu , sekarang ia tersadai dibawah pokok kelapa sawit disebuah pecan kecil yang terkenal hanya dengan sup belutnya.



Apa kata kalau mayat manusia ini boleh dijeruk ( diawet ) , disimpan dalam aquarium besar dan dipamerkan. Seorang demi seorang akan memberi komen terhadap mayat kita. Adak omen positif , ada negatif dan ada yang menceritakan kelakuan kita semasa hidup, ada cerita sedih, kelakar dan lain-lain. Kata-kata manusia ada yang benar dan ada yang tidak .
Dalam satu Hadis yang panjang , perbualan diantara Aishah R.A dan Rasullullah S.A.W diceritakan kata-kata ROH semasa ia akan berpisah dengan keluarganya, diantaranya ( hanya sebahagian ):



1. Ketika disiram air keatas tubuhnya, roh itu berteriak lagi “Wahai orang yang memandikan Roh, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Jangan engkau menuangkan airmu dengan panas dan jangan pula dingin, sebab tubuhku terbakar dari keluarnya Roh”.

2. Semasa dikafankan “ Wahai orang yang memandikan jangan kuat-kuat dalam mengkafani aku , sehingga aku tidak dapat melihat wajahku, anak-anakku, dan kerabatku, sebab ini merupakan hari terakhir aku melihat mereka. Pada hari ini aku akan berpisah dengan mereka dan aku tidak akan melihat mereka sehingga hari kiamat”

3. Ketika pengiring jenazah melangkah dengan tiga langkah, roh memanggil lagi dengan suara yang dapat didengar seluruh makhluk kecuali Jin dan Manusia . Kata Roh: “Wahai para kekasihku , wahai saudara-saudara ku dan wahai para anak-anakku, janganlah kalian diperdayakan oleh dunia sebagaimana ia memperdayakan aku. Janganlah kalian bermain-main dimasa ini sebagaimana ia mempermainkan aku. Hendaklah kalian mengambil ibarat daripadaku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku kumpulkan untuk para ahli warisku dan sediikitpun mereka tidak mahu menanggung kasalahanku. Adapun didunia ini Allah akan menghisab aku , sementara kamu sekelian merasa senang dengan keduniaan dan tidak mahu mendoakan aku”.

Sama-samalah kita renungkan bila Berakhirnya Satu Riwayat . Sedih ,pilu , hiba dan amat menggerunkan. Terima Kasih.

Quote of the day


Friday, June 28, 2013

ADOI SAKITNYA





Lepas solat Isyak semalam terus balik kerumah walaupun ada jamuan di Surau. Kaki tiba-tiba kena gout dan celah paha kena kejangan otot pula. Tak lalu makan , tak boleh berjalan, solat subuh atas kerusi da tak dapat pergi solat Jumaat. Begitulah lemahnya kita sebagai manusia ini. Itupun manusia seolah-olah tidak sedar diri dan berterusan melawan Allah.

Oleh itu selagi kita diberi Allah peluang untuk bernafas, jadilah orang yang terbaik dan jauhkan dari kumpulan yang jahat. Saperti maksud Hadis Rasullullah S.A.W Abu bakar bercerita, bahawa satu kali seseorang bertanya kepada Rasullullah S.A.W , “ Orang saperti apakah yang paling baik?” Beliau menjawab , “ Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya” Dia bertanya lagi , “Lalu orang saperti apa yang paling buruk?” Beliau menjawab , “Orang yang panjang umurnya , tapi buruk amal perbuatannya”. (Riwayat Tirmidzi)



Kalau dibayangkan keadaan manusia diakhirat nanti , ia amat menggerunkan . Manusia ketika itu lemah saperti anak kambing dan perlu dipapah. Allah menghantar Malaikat untuk membawa manusia ke Mahkamah Allah untuk dibicarakan . Qaf:21 (Setelah itu) datanglah tiap-tiap orang ( ke Padang Mahsyar ) , disertai ( dua Malaikat : yang satu menjadi ) pembawa dan ( yang satu lagi menjadi ) saksi. 

Pada masa itu manusia menurut saja panggilan Allah dan tidak ada kuasa untuk engkar lagi. Sama-samalah kita ingat mengingati sebelum mati. Terima kasih.


Quote of the day


Thursday, June 27, 2013

SESAT






Semalam pergi ke Bukit Ceras Kuala Lumpur, untuk mencari sebuah workshop dimana anak murid kawan saya menjalani latihan memperbaiki kereta. Kami tidak dapat mencari bengkel tersebut kerana tidak dapat melihat papan tanda dan nama jalan yang ada, semuanya tertuutp dengan ‘sticker’ Ah Long dan iklan iklan lain. Terus saya terfikir , inilah punca ramai manusia didunia ini berada dalam kesesatan, disebabkan hati-hati mereka yang sentiasa tertutup oleh ilmu Allah.

Rasullullah S.A.W bersabda dengan maksud:

“Sesungguhnya dalam tubuh (manusia) ada seketul daging ,jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI  (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam Hadis lain pula Rasullullah S.A.W bersabda dengan maksud :

“Dosa itu adalah perasaan ragu-ragu  dalam hatimu dan engkau tidak suka orang lain mengetahuinya.”



Allah pula mengingatkan hambanya supaya sentiasa  dengan keadaan hati terbuka bila dinasihati orang-orang yang soleh. Dalam firmannya yang bermaksud :

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama orang yang mengajak kejalan Tuhanmu dipagi dan petang hari kerana mengharapkan keredhaan Tuhannya. Dan janganlah pandanganmu berpaling dari mereka kerana inginkan perhiasan dunia. Dan janganlah kamu taat kepada mereka yang telah kami palingkan hatinya dari mengingati Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan sesungguhnya keadaan mereka itu amatlah melampui batas.” (Al Kahfi:28 )

Pagi tadi terbaca dalam facebook seorang gadis Islam meletakkan ‘LIKE’ pada page ‘CARLSBERG’ ( Jenama arak ) tetapi memohon pada Allah untuk diluluskan peperiksaan. Inikah hati yang telah tertampal ( ditutupi) oleh berbagai sticker hingga tidak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Awasi hati anda. Terima kasih.


Quote of the day


Wednesday, June 26, 2013

BAGAIMANA MENJADI UMMAT ISLAM YANG BAIK DALAM KESUSAHAN





Dalam kehidupan , banyak kesusahan dan kesulitan yang kita lalui . Pada waktu-waktu begini kita tidak semestinya berasa kecewa , sebaliknya mestilah berpegang teguh kepada Allah. Mudah-mudahan kita dikeluarkan dari kesusahan tersebut. Berikut adalah beberapa tips yang Inshaa Allah dapat mmeperbaiki keadaan:

1. KITA MESTI MENERIMA MASALAH TERSEBUT DAN CUBA MEMPERBAIKINYA : Cara ini Allah mengajar manusia supaya bersabar dan meletakkan pergantungan hanya pada Allah

2. SENTIASA BERSABAR DAN JANGAN HILANG KEYAKINAN PADA ALLAH : Kalau anda sentiasa meyakini Allah dan berdoa , Allah akan bantu anda disaat-saat seolah-olah tiada harapan untuk penyelesaian masalah .Itulah kekuasaan Allah.

3. JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA: Putus asa bukanlah sifat seorang islam sejati.

4. SENTIASA BERHARAP PADA PERTOLONGAN ALLAH DENGAN MENOLONG MANUSIA LAIN: Walaupun anda rasa pertolongan anda pada manusia lain amat kecil, tetapi Allah akan membalas dengan balasan yang besar.



Rasullullah S.A.W menyifatkan bahawa ujian yang diberikan kepada manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Maksud hadis :

“Sesungguhnya besar ganjaran itu dinilai pada kesannya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian menimpa , dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah” .(Riwayat at-Tirmidzi )

Terima Kasih.


Quote of the day