Saturday, June 15, 2013

PEROGOL MENGINTAI ANDA BAHAGIAN 2- PERKARA YANG PERLU DIINGAT





1. Jika seseorang mengikuti anda ditempat-tempat sunyi, lihat kemukanya dan tanya sesuatu . Tanyakan waktu atau mulakan perbualan kecil. Bila anda boleh mengenali muka pemangsa , mereka menjadi sedikit ‘tawar hati’.

2. Kalau seseorang mendatangi anda dari hadapan , angkat kedua-dua tangan dan menjerit ‘berhenti’ . Perogol tidak akan berminat kepada mangsa yang berani melawan, mereka cuma mencari mangsa yang mudah dikalahkan.

3. Kalau anda membawa ‘PEPPER SPRAY’ (penyembur lada hitam) , tunjuk dan jeritkan yang anda memiliki ‘PEPPER SPRAY’.

4. Jika anda dipeluk dari belakang , susah untuk melawan. Cuba cubit tangan pemangsa diantara bawah ketiak hingga ke siku. Cubit sekuat mungkin kerana kawasan tersebut amat lembut dan terlalu sakit jika dicubit.

5. Jika anda terlepas dari pengangan paerogol, cuba pukul atau tending bahagian kemaluannya. Jangan risau jika dia naik marah, kerana perogol memang tidak suka banyak masalah, dia akan lari dari suasana yang kelam kabut.

6. Bila perogol datang dari hadapan dengan tangan kearah anda, cuba bengkokkan atau patahkan dua jarinya. Perbuatan ini amat menyakitkan penyerang.

7. Tapi petua lama masih yang terbaik . Jauhi kawasan-kawasan sunyi. Dapatkan teman jika terpaksa kekawasan-kawasan yang mencurigai. Walaupun anda kelihatan saperti keanak-anakan , lebih baik cermat sebelum terlambat.


Quote of the day


No comments:

Post a Comment