Monday, June 30, 2014

PEROSAK HATI




Imam Ibnul Qayyim menggariskan ada 5 perkara yang boleh merosakkan hati :

1. BERGAUL DENGAN KUMPULAN YANG SALAH – Oleh itu di akhirat kelak ramai yang menyesal atas pergaulan mereka di dunia . Allag berfirman dengan maksud :

“Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa” ( Az Zukhruf: 67 )
Oleh itu pergaulan yang paling tinggi tingkatannya ,jika motivasi persahabatan itu untuk mendapat kecintaan dan redha Allah.

2. HANYUT DALAM ANGAN-ANGAN KOSONG – Angan-angan kosong adalah kebiasaan bagi orang-orang yang berjiwa kecil dan rendah. Melayan perasaan hingga tenggelam dalam alam angan-angan sahaja. Adapun angan-angan kosong itu tipu daya belaka. Nabi SAW memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.

3. BERGANTUNG KEPADA SELAIN ALLAH  - Allah berfirman dengan maksud :

“Janganlah kamu adakan Tuhan lain selain Allah agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan Allah”( Al Isra’ :22 )

4. MAKANAN – Terbahagi kepada 2 bahagian :

a) Haram kerana zatnya, saperti babi, anjing dan lain-lain
b) Haram kerana cara mendapatkannya. Saperti di curi, di tipu dan hasil-hasil haram yang lain.

5. TERLALU BANYAK TIDUR – Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan dan menghabiskan waktu dan melemahkan daya fikiran.

Oleh itu sama-samalah kita mengelakkan amalan yang merosakkan hati ini, terutama di bulan Ramadan yang mulia ini.

Terima kasih.








Sunday, June 29, 2014

7 PETANDA KEBAHAGIAAN DUNIA





Satu perkara yang amat-amat di cari oleh manusia ialah kebahagiaan didunia. Malah boleh dikatakan seluruh tenaga , pemikiran dan waktu manusia itu digunakan kearah pencarian ‘KEBAHAGIAN ‘ tersebut.

Suatu hari , Ibnu Abbas ditanya oleh para Tabi’in ( generasi sesudah wafatnya Rasullullah SAW ) mengenai apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan dunia.

Jawab Ibnu Abbas ada 7 (tujuh) petanda kebahagiaan dunia ia itu :

1. QALBUN SYAKIRIN – atau hati yang selalu bersyukur. Selalu menerima apa seadanya, tidak ada stress. Kalau kita dalam kesusahan perhatikanlah orang yang lebih susah dari kita.

2. AL AZWAJU SHALIHAH- Pasangan hidup yang soleh. Pasangan yang soleh itu seterusnya boleh membina suasana rumah dan keluarga yang soleh.

3. AL AULADUN ABRAR – Anak yang soleh , anak yang sentiasa mendoakan kebaikan bagi ibu bapanya , dunia dan akhirat.

4. ALBIATU SHOLIHAH – Suasana sekeliling yang kondusif untuk iman kita . berbahagialah orang-orang yang selalu di kelilingi oleh orang-orang soleh. 

5. AL MALUL HALAL – Harta yang halal . Paradigmanya dalam Islam mengenai harta bukan banyaknya harta tetapi halalnya. Tapi kalau harta banyak , halal pulak Alhamdulillah.

6. TAKAFUH FIDIEN – Semangat untuk memahami agama. Semakin ia belajar maka semakin ia teransang untuk belajar lebih jauh lagi limu mengenai sifat-sifat allah dan ciptaanNya . Memahami agama akan menghidupkan hati yang setrusnya akan tinggi cintanya pada Allah dan RasulNya.

7. UMUR YANG BERKAT – dengan maksud umur yang semakin tua semakin soleh. Mengisi setiap detik umurnya untuk amal ibadah.

Kalau anda memiliki petanda-petanda diatas , anda tergolong kepada kumpulan manusia yang bahagia di dunia dan juga di akhirat Inshaa Allah.

Terima kasih atas perkongsian anda.










Saturday, June 28, 2014

RAMADAN TERBAIK – TAHUN INI




Mahukah anda jika Ramadan tahun ini adalah Ramadan terbaik bagi anda ? Sudah pasti jawabnya. Banyak cara boleh dilakukan kearah matlamat tersebut diantaranya :

1. Misalkan Ramadan tahun ini adalah Ramadan terakhir bagi anda. Jika ia tidak di isi dengan sempurna pasti tiada peluang lagi ditahun tahun hadapan.

2. Gariskan matlamat anda pada Ramadan ini. Cuba tingkatkan amalan-amalan anda di tahun tahun lalu dan tambah lagi denga amalan-amalan baru.

3. Buat persiapan sebelum Ramadan . Jangan masuk ke bulan Ramadan macam petik suis lampu sahaja.

4. Elakkan gangguan . Urusan-urusan kecil dan tidak berapa mustahak tidak perlu dilakukan malam hari, supaya solat Tarawikh tidak terjejas. Perjalanan pulang ke rumah dirancang supaya tidak tersangkut dalam kesesakan.

5. Perbanyakkan memberi makanan kepada orang-orang yang memerlukan . Ini menambah keinsafan dan jauhkan dari membazir.

6. 10 malam terakhir , pertingkatkan berbagai jenis ibadah. “PECUT” dalam istilah lumba lari.
Mudah mudahan Ramadan tahun ini adalah Ramadan terbaik bagi kita semua. Inshaa Allah .

Terima kasih dan diucapkan selamat menjalankan ibadah puasa.









Friday, June 27, 2014

KEBERKATAN DALAM HIDUP




Setiap orang Islam sentiasa mendoakan keberkatan bagi diri , keluarga dan orang Islam keseluruhannya. Keberkatan dari Allah bermaksud tumbuh atau bertambah. Ini bererti berkat adalah kebaikan yang bersumber dari Allah sehingga apa yang diperolehi dan di miliki bertambah besar manafaatnya.

Keberkatan selalunya di berikan kepada orang-orang yang betul-betul beriman , kebiasaannya dalam tiga bentuk :

1. BERKAT DALAM KETURUNAN- Allah mengurniakan kita generasi yang soleh. Yang kuat imannya. Luas ilmunya dan banyak amal solehnya. Sehat tubuh badan. Kuat jati diri dan cepat matang dalam berfikir.

2. BERKAT DALAM SOAL MAKANAN – Allah sentiasa mengurniakan makanan yang halal lagi bersih. Bukan saja halal dari zat makanan tersebut,tetapi halal cara mendapatkannya. Makanan yang halal ini bukan sahaja mengenyangkan tetapi memberi kekuatan untuk beribadat sekaligus membuktikan ketaqwaan kepada Allah SWT.  Allah berfirman yang bermaksud :

“ Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang telah Allah rezekikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya” ( 5:88 )

3. BERKAT DALAM SOAL WAKTU – Umat Islam yang diberkati waktunya dapat manafaatkan waktu untuk kebaikan samada semasa mencari harta, memperluaskan ilmu, menambah amal solah atau bergaul secara damai bersama keluarga. Mereka yang rugi dalam penggunaan waktu telah diberiyahu dalan Al Quran ertinya :

“Demi masa , sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran” (103:1-3)

Kunci keberkatan ada dua ia itu IMAN dan TAQWA yang benar .

Terima kasih atas perhatian anda semoga Allah memberkati kehidupan anda juga.