Tuesday, December 31, 2013

APA NAK DISEDIHKAN?






“Seluruh dunia ini , dari awal hingga akhirnya tidak berbaloi untuk di sedihkan walaupun satu jam. Apalah maknanya nak bersedih seumur hidup” Ibn Qayyim Al Jawziyyah.








Monday, December 30, 2013

KEKAYAAN , KASIH SAYANG DAN KEJAYAAN





Satu hari seorang suri rumah ternampak tiga orang tua diluar rumah. Dia mengajak mereka masuk makan, tapi orang tua tersebut bertanya , “Adakah orang lelaki dirumah?” Suri rumah memberitahu tiada lelaki dirumah. Orang tua menjawab “Jadi kami tidak boleh masuk kerumah Puan”.

Pada malam hari , si isteri menceritakan hal tersebut pada suaminya. Suami pula menyuruh isterinya memanggil ketiga-tiga  orang tua tersebut masuk. Salah seorang dari orang tua tersebut mengatakan , kami tidak boleh masuk bertiga . Lalu memperkenalkan kawan-kawannya. Dia ni KEKAYAAN . Dia tu KEJAYAAN dan saya KASIH SAYANG.

Si isteri masuk kerumah dan membari tahu suaminya. Suami agak teruja dan memberitahu isteri , ajaklah KEKAYAAN  masuk dulu, biar rumah kita penuh dengan kekayaan. Isteri tidak berapa setuju. Mengapa kita tidak ajak KEJAYAAN masuk dulu. 

Menantu perempuan mereka yang mendengar perbualan itu dari sudut rumah tiba-tiba menyampuk, “Alangkah elok kalau kita ajak KASIH SAYANG masuk dulu, tentu rumah kita akan penuh dengan kasih sayang. Mereka setuju dengan cadangan menantu mereka dan mengajak KASIH SAYANG masuk.

Si isteri bertanya , “Yang mana diantara kamu KASIH SAYANG , silakan masuk”. Tiba-tiba yang dua orang lagi turut mengikut KASIH SAYANG dari belakang. Dengan perasaan terkejut, si isteri bertanya “Aku cuma persilakan KASIH SAYANG , mengapa kamu berdua mengikut?”

Secara sepontan mereka menjawab “Kalau kamu jemput KEJAYAAN dahulu kami tidak akan ikut, tapi kerana kamu jemput KASIH SAYANG , kemana –mana dia pergi kami akan pergi bersamanya. Dimana terdapat KASIH SAYANG , disana akan ada KEKAYAAN  dan KEJAYAAN.”

Inilah yang dikatakan tertib dalam kehidupan. Terima kasih dan sama-samalah kita menyebarkan kasih sayang , moga-moga kekayaan dan kejayaan akan mengikut kemudian. 














Sunday, December 29, 2013

SUMBER INSPIRASI





Kadang-kadang kita terasa lemah semangat. Letih. Rendah diri, malas atau apa-apa perasaan yang negatif. Baru-baru ini saya terbaca satu artikal berkenaan bagaimana penulis tersebut mengubat hatinya dengan membaca kata-kata hikmat yang menaikkan semula semangatnya. Di antara kata-kata hikmah tersebut ialah:

1. Kebenaran adalah senjata yang paling kuat didunia .

2. Kita akan faham jika kita mahu faham.

3. Bercakaplah dari hati , manusia pasti akan mendengar.

4. Bila aku merenung kesusahan dan kesakitan manusia , aku langsung tidak akan berasa benci terhadap mereka.

5. Pengembaraan itu adalah hadiah.

6. Kalau anda rasa ‘idea’ anda tidak boleh masuk akal, cuba bayangkan bagaimana tanggapan orang terhadap ‘Wright Brothers’ bila mereka mula-mula mahu ‘terbang’

7. Kalau manusia tidak ‘meragui’ matlamat anda, matlamat anda tidaklah sebesar mana.

8. Perbualan ( bercakap-cakap) tidak akan dapat memasak nasi.

9. Setiap orang yang dilahirkan mempunyai bakat tersendiri.

10.Kekayaan yang paling berharga ialah kekayaan jiwa.

11. Setiap buku yang dibuka , anda pasti belajar sesuatu.

12. Pelanggan anda yang paling marah adalah sumber ‘guru’ yang paling baik.


Mudah-mudahan kata-kata rangsangan tadi dapat anda kongsi dengan orang tersayang. Terima kasih.










Saturday, December 28, 2013

HARI TANPA PLASTIK





Lepas solat asar tadi saya kekedai beli barang-barang yang dah habis kat rumah. Semasa di kaunter bayaran, juruwang kata kalau nak beg plastik kena bayar 20 sen sehelai. Alamak kalau lima helai dah seringgit. Dah boleh beli tepung atau gula atau garam atau beberapa barangan lain. Maklumlah zaman barang naik ni , kita kena lebih berjimat.Naluri manusia memang begitu, kalau percuma , kita tak berapa ambil berat, atau membazir sahaja. 

Cuba kita lihat kurniaan Allah pada kita seharian , dan entah berapa kali kita mengucapkan Alhamdulillah pada Allah sebagai tanda syukur. Contoh :

1. Udara : Kawan saya baru belikan ayah beliau yang sudah bernafas – oxygen. Satu baling RM 1,200 dan tahan dua setengah jam sahaja.

2. Mata : Banyak kita salah gunakan dengan melihat benda-benda haram. Tengok wayang –bayar. Tengok TV bayar dan naik pula yuran bulanan TV berbayar. Baca majalah-majalah merapu –bayar. Cuba bayangkan kalau Allah kenakan bayaran atas mata dan penglihatan kita.

3. Pendengaran : Percuma sehingga kena penyakit pekak. Kena operate dan bayar macam-macam peralatan bantuan pendengaran. Telinga yang tidak ada masalah pula didedahkan kepada bunyi-bunyi maksiat saperti muzik, umpatan dan gossip.

4. Bau : Dulu saya pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hilang deria menghidu selama tiga tahun. Tidak ada nikmat wangi-wangian . Tidak boleh membezakan kawasan busuk dan kawasan bersih. Sekarang , bila Allah beri semula nikmat menghidu itu , semuanya seolah-olah sudah dilupai.

Banyak lagi senarai nikmat Allah ini boleh ditulis kalau kita mahu merenung. Anda sendiri boleh muhasabah diri masing-masing.

Bersyukurlah . Jangan tunggu hingga kita terpaksa membayar nikmat-nikmat Allah ini, baru kita sedar betapa banyaknya dan bernilainya anugerah Allah ini. Sama-sama kita renungkan dan terima kasih.










Friday, December 27, 2013

LIMA AMALAN POSITIF





1. Jangan tidur terlalu banyak, nikmati kehidupan yang produktif. Waktu untuk tidur masih banyak .......selama-lamanya sesudah kita meninggal.

2. Selalunya tidak ada orang yang peduli atas kesusahan anda, jadi lebih baik anda selalu bergembira.

3. Kalau anda tidak boleh menyelesaikan sesuatu , itu bukanlah masalah, itu adalah ketentuan.

4. Kegembiraan adalah saperti minyak wangi. Bila anda memercikkan kegembiraan , anda pasti terpercik dengan kegembiraan yang sama.

5. Kalau semua perkara yang baik akan berakhir , begitu juga dengan keburukan ,ia tetap akan berakhir juga.

Semoga dengan amalan ini kehidupan kita akan lebih bermakna dan dapat dicontohi oleh anak-anak , keluarga dan masyarakat sekeliling.

Terima kasih atas masa anda yang diluangkan untuk blog ini.












Thursday, December 26, 2013

SUSAH KENCING




Pada suatu hari ada seorang tua berumur 70 tahun tidak boleh membuang air kecil. Sesudah merujuk kepada doktor, beliau perlu dibedah jika dia hendak buang air kecil dengan normal semula.

Sesudah pembedahan beliau ditunjukkan kos pembedahan untuk dibayar. Pesakit tersebut kemudian menangis teresak-esak . Cuba menenangkan keadaan doktor berkata :

“Kalau kos perubatan ini Pak cik tidak mampu bayar , saya boleh uruskan pembiayaan dari badan-badan kebajikan”

Pak Cik lantas menjawab :

“Bukan kos perubatan yang mengejutkan saya , tapi selama 70 tahun saya hidup Allah tidak pernah mengenakan apa-apa bayaran, tapi saya tidak pernah bersyukur”

Begitulah dengan banyak nikmat-nikmat lain yang manusia terima dari Allah tanpa apa-apa bayaran, tapi manusia lupa atau terlalu angkuh untuk bersyukur pada Allah.

Surah Ibrahim ayat 34 bermaksud :

“Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia ( yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.”