Hari ini saya menghadiri majlis perkahwinan jemaah surau saya – Zariq bersama Farah Wahidah. Saya tidak memberi mereka apa-apa hadiah cuma ingin memberi sedikit petua-petua untuk kebahagian dalam rumah tangga. Mudah mudahan ini dapat di manfaatkan mereka , pengantin-pengantin baru, yang bakal jadi pengantin dan untuk kita yang dah lama kahwin ini pun boleh memanfaatkannya.
TIP KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA ISLAM
1. Perpisahan buat beberapa jam atau hari dapat mengeratkan kasih sayang dalam rumah tangga.
2. Fahami fitrah masing-masing.
3. Selesaikan masalah pada hari yang sama.
4. Jangan bercerita kisah-kisah lama.
5. Jangan harapkan 100% tanpa masalah, hidup sekadar yang termampu.
6. Nyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan anda.
7. Selesaikan masalah anda sendirian , cuba jangan libatkan pasangan anda.
8. Jangan terlalu mencari pasangan salah pasangan anda.
9. Bila berselisih faham , jangan tambah dengan masalah yang lampau.
10. Jangan bersangka buruk.
11. Yakini dan beri kepercayaan terhadap pasangan anda.
12. Cari pasangan yang sekufu.
13. Jaga kebersihan diri dan rumah anda.
14. Pengorbanan perlu untuk kebahagian.
15. Kerapkan bertukar-tukar hadiah.
16. Jangan kedekut- bertolak ansur.
17. Jangan menyalahkan pasangan anda jika timbul apa-apa masalah.
18. Hidup hari demi hari, jangan fikirkan esok atau lusa.
19. Perkahwinan adalah ikatan dua orang , fikir masak-masak sebelum membuat keputusan.
20. Jangan sangka yang cinta akan berterusan sampai bila-bila , ia perlukan bajaan dan siraman supaya sentiasa segar.
21. Jadikan diri anda sebagai contoh kepada pasangan anda melalui perbuatan.
22. Jangan biarkan ibu bapa, keluarga atau jiran mencampuri hal rumah tangga anda.
23. Jangan tergesa-gesa membetulkan pasangan anda, ada perkara perlukan waktu untuk berubah.
24. Jangan malukan pasangan anda terutama dihadapan orang lain.
25. Berkerjasama dalam kebanyakan aktiviti rumah tangga.
26. Jangan merendah-rendahkan pasangan anda walaupun dia ada kekurangan.
27. Jangan kongsikan masalah anda dengan pasangan , malah banyakkan gurauan dan jenaka.
28. Beri suami anda perasaan yang anda berpuas hati dan bangga terhadap dia.
29. Semasa perselisihan , ungat dan kenang kebaikan pasangan anda.
30. Jangan gunakan perkataan kasar semasa berselisih faham.
31. Isteri yang bijak pandai memilih masa untuk mencadangkan sesuatu.
32. Libatkan pasangan bila membuat keputusan besar.
33. Jangan sesekali lari dari rumah.
34. Jangan menaikkan kemarahan suami dengan bertanyakan perkara-perkara yang tidak penting. Begitu juga sebaliknya.
35. Hormati ibu dan bapa mertua.
36. Jangan terlalu kerap berselisih faham.
37. Selalu wujudkan suasana tenang, aman dan tenteram dirumah anda.
38. Jangan campurtangan dan menyebelahi anak-anak semasa pasangan anda memarahi anak-anak untuk kebaikan.
39. Pelihara anak-anak dengan akhlak dan nilai agama yang tinggi.
40. Dengar pesanan suami dan jangan lupa untuk melakukan perkara-perkara yang dimintanya anda lakukan .
41. Syariah mesti di utamakan dan menuruti perintah suami akan mempastikan anda ke syurga.
42. Ingat bahawa Allah akan menurunkan ujian dari masa kesemasa , tapi itu bukanlah penamat bagi semua kebahagian.
43. Elakkan bertengkar terutama dihadapan anak-anak.
44. Isteri jangan sesekali membenarkan yang bukan mahram memasuki rumah tanpa kebenaran suami.
Banyak lagi tip-tip kebahagian rumah tangga . Banyak juga buku-buku berkaitan yang telah di tulis. Yang penting anda mesti terus membaca dan membuat rujukan dari berbagai sumber jika anda inginkan rumah tangga anda bahagia.
Selamat pengantin baru Zariq dan Farah Wahida dan semua pengantin-pengantin yang mendirikan rumah tangga hari ini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment