Satu hari seorang suri rumah ternampak tiga orang tua diluar rumah. Dia mengajak mereka masuk makan, tapi orang tua tersebut bertanya , “Adakah orang lelaki dirumah?” Suri rumah memberitahu tiada lelaki dirumah. Orang tua menjawab “Jadi kami tidak boleh masuk kerumah Puan”.
Pada malam hari , si isteri menceritakan hal tersebut pada suaminya. Suami pula menyuruh isterinya memanggil ketiga-tiga orang tua tersebut masuk. Salah seorang dari orang tua tersebut mengatakan , kami tidak boleh masuk bertiga . Lalu memperkenalkan kawan-kawannya. Dia ni KEKAYAAN . Dia tu KEJAYAAN dan saya KASIH SAYANG.
Si isteri masuk kerumah dan membari tahu suaminya. Suami agak teruja dan memberitahu isteri , ajaklah KEKAYAAN masuk dulu, biar rumah kita penuh dengan kekayaan. Isteri tidak berapa setuju. Mengapa kita tidak ajak KEJAYAAN masuk dulu.
Menantu perempuan mereka yang mendengar perbualan itu dari sudut rumah tiba-tiba menyampuk, “Alangkah elok kalau kita ajak KASIH SAYANG masuk dulu, tentu rumah kita akan penuh dengan kasih sayang. Mereka setuju dengan cadangan menantu mereka dan mengajak KASIH SAYANG masuk.
Si isteri bertanya , “Yang mana diantara kamu KASIH SAYANG , silakan masuk”. Tiba-tiba yang dua orang lagi turut mengikut KASIH SAYANG dari belakang. Dengan perasaan terkejut, si isteri bertanya “Aku cuma persilakan KASIH SAYANG , mengapa kamu berdua mengikut?”
Secara sepontan mereka menjawab “Kalau kamu jemput KEJAYAAN dahulu kami tidak akan ikut, tapi kerana kamu jemput KASIH SAYANG , kemana –mana dia pergi kami akan pergi bersamanya. Dimana terdapat KASIH SAYANG , disana akan ada KEKAYAAN dan KEJAYAAN.”
Inilah yang dikatakan tertib dalam kehidupan. Terima kasih dan sama-samalah kita menyebarkan kasih sayang , moga-moga kekayaan dan kejayaan akan mengikut kemudian.
No comments:
Post a Comment