Nasihat 1 : Sentiasa ingati alam akhirat
“Wahai sahabat-sahabatku, aku ingin mengingatkan kamu kehidupan dineraka yang amat panjang- selama-lamanya. Jangan sesekali jauhkan diri dari Allah . Kalau kamu tinggalkan Allah itulah akhirnya. Tidak ada harapan lagi, kamu akan sengsara selama-lamanya”
Nasihat 2 : Yang menang ialah
Umar Abdul Aziz nampak ramai orang keluar dari Arafah diatas kuda dan unta pada waktu Mahgrib, lalu dia berkata “Mereka yang menang bukanlah yang paling laju diatas kuda atau unta, tetapi mereka yang menang ialah sesiapa yang dosanya diampunkan”
Nasihat 3 : Ingati mati dalam apa keadaan pun...
“Cubalah menyebut mati sebanyak mungkin. Jika anda sekarang dalam kesusahan anda akan mempunyai harapan, Jika anda sedang bermewah , anda tidak akan lupakan diri”
Nasihat 4 :
“Hati hati , jangan biarkan urusan dunia anda melalaikan anda dari solat. Jika anda tertinggal solat itulah kerugian yang amat besar kerana solat bukanlah saperti tiang-tiang agama yang lain, ia tiang yang paling utama”
Banyak lagi nasihat-nasihat Umar Abdul Aziz . In shaa Allah saya akan ‘post’ kan lagi di hari muka.
Terima kasih dan selamat beramal.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment