Tuesday, April 30, 2013

MAIN DAUN






Pagi  tadi saya menyapu daun-daun yang berguguran dihalaman rumah, tiba-tiba anak kucing saya datang melompat ketimbunan daun-daun dan bermain dengan daun-daun tersebut.
Teringat semasa dikampung masa budak-budak dulu. Kami cuma bermain disekitar kampong dan menggunakan bahan-bahan yang terdapat didalam kampong sahaja, umpamanya:

1. Main laga (lawan) biji getah: Cara bermain , dua biji getah yang dipunyai peserta berlainan dihimpitkan dalam genggaman .Biji getah yang pecah , kalah. Mudah, murah dan menghiburkan.


2. Main bulu ayam:  Beberapa helai bulu ayam diikat dengan getah dan ditendang keudara sebanyak mungkin. Yang paling banyak kali ‘menimbang’ (menendang) bulu ayam tersebut menang. Berpeluh tapi menghiburkan.


3. Batu Seremban: Menggunakan batu kecil atau biji getah juga, dibaling keudara sambil mengambil yang lain dilantai. Menghiburkan.


4. Congkak : Sekarang sudah moden. Banyak kayu congkak yang terjual. Dulu korek saja dalam tanah gunakan biji dan buah-buahan keliling rumah saja.


5. Gasing : Ada yang menangis kalau gasingnya pecah 


6. Pistol buluh: Diperbuat dari buluh kecil dan mempunyai ‘penekan’ untuk menolak peluru. Peluru diperbuat dari buah-buahan kecil atau kertas yang sudah direndam, dibulatkan saperti peluru .


Banyak juga permainan –permainan dikampung  yang agak sedikit bahaya(daring) dan sedikit nakal, tapi tidaklah sampai mengambil dadah atau fornografi saperti anak-anak sekarang. Diantara permainan tersebut, menembak ikan dalam sungai, memanjat pokok untuk menggetah ( menjerat) burung, melompat kesungai dari jambatan dan kadangkala melastik burung. Kalau burung tak dapat mulalah melastik ‘pot getah’ (cawan getah) . Itulah kenangan permainan kampong dulu.


Islam pula menggalakkan sukan untuk umatnya supaya sihat dan kuat. Rasullullah s.a.w bersabda:

“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah”. (hadis riwayat Muslim)
Diantara sukan yang digalakkan dalam Islam ialah:

1. Memanah

2. Berkuda

3. Berenang

4. Gusti

5. Berlumba lari

Walau bagaimanapun semasa bersukan ada beberapa perkara mesti dititik beratkan umpamanya :

1. Jangan sampai lalai atau meninggalkan ibadah

2. Jangan sampai menimbulkan pertikaian

3. Jangan memihak terhadap sesuatu pasukan sampai menimbulkan permusuhan dan dendam.

4. Jangan melemparkan kata-kata kesat

5. Jangan melibatkan kedua-dua jantina dalam satu permainan hingga menjatuhkan moral

6. Jangan ada unsur-unsur judi

Walau apapun yang kita lakukan , kita mesti sentiasa merujuk kepada Islam. Salah satu panduannya telah diberi :

“Hai orang yang beriman , janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya  Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas” (al-Maidah:87 )

Bersukan dan carilah hobi supaya hidup lebih tenang dan teransang. Terima kasih.

Quote of the day

No man hath given his child anything better than good manners.

Monday, April 29, 2013

HATI TERKUNCI




Sudah lebih kurang sebulan tempat barang ‘luggage compartment’ kereta saya terkunci. Anak kunci ada tapi tak boleh buka. Cuba kunci spare pun tak boleh buka. Bawa kekedai buat anak kunci tak boleh juga. Akhirnya saya dinasihatkan supaya bawa kekedai ketuk kereta( kedai cat kereta) . Alhamdulillah boleh buka. Saya ditunjukkan barang yang menyebabkan masalah tersebut, lebih kecil dari hujung anak jari, panjang cuma setengah inci. Walaupun ianya kecil,murah tapi ia menimbulkan masalah besar.

Tapi ada masalah lebih besar lagi kalau ia terkunci, ia itu hati. Hati boleh terkunci mengikut Ibnu Qayyim al-Jauziyah oleh perkara-perkara berikut:

1. Sibuk dengan nikmat tetapi tidak mensyukurinya

2. Ghairah mencari ilmu tetapi tidak beramal

3. Bersegera melakukan dosa tetapi mengakhirkan taubat

4. Bersahabat dengan orang soleh tetapi tidak mencontohinya

5. Dunia ada dibelakang tetapi mengikutinya

6. Akhirat ada dihadapan namun membelakanginya



Untuk membuka pintu hati itu dikatakan “Hidayah saperti cahaya, tidak akan sampai kepada mereka yang masih menutup rapat pintu hatinya”
Cuba anda beri sedikit motivasi kepada hati anda:

1. Jangan selalu menganggap diri anda paling benar

2. Jangan terlalu angkuh dan sombong untuk menerima pendapat-pendapat orang lain.

3. Terimalah nasihat-nasihat yang baik tidak kira siapa yang memberi

4. Laksanakan nasihat tersebut dengan ikhlas nescaya Allah akan tambah hidayah

5. Laksanakan apa yang harus anda lakukan tanpa menunda atau memberi alasan.

6. Rasa malas akan timbul kalau anda meremehkan perkara-perkara kecil.

Oleh itu , kita telah tahu sebab-sebab mengapa hati tertutup dan cara untuk membukanya. Jawaban ada dikeliling kita dan yang paling mustahak SEGERAKAN BERAMAL . Terima kasih daun keladi , kalau sudi bacalah lagi.

Quote of the day

Stop waiting for the ‘right time’ to change. Wake up and address the root of your disobedience.....A WEAK HEART


Sunday, April 28, 2013

AWET MUDA





Sekumpulan orang datang berjumpa satu keluarga dari Bani Ghannam untuk menyelesaikan satu permasalahan yang agak rumit . Mereka menemui seorang tua untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tetapi orang tua tersebut menyuruh mereka menemui abangnya. Apabila mereka sampai kerumah abang orang tua tadi , mereka terkejut, kerana orang itu kelihatan lebih muda dari orang tua tadi.Setelah bertanyakan permasalahan mereka, orang tersebut mensihati mereka supaya bertanya kepada abang dia yang sulung. 

Katanya abang sulung itu lebih arif dan matang dalam permasalahan itu. Bila sampai dirumah abang sulung itu, sekumpulan orang tadi lagi terkejut kerana abang sulung ini lagi kelihatan muda dari adik-adiknya. Apabila ditanya abang yang sulung itu menceritakan bahawa adik bongsunya mempunyai seorang isteri yang cerewet dan suka berleter. Itulah sebab adiknya kelihatan tua. Isteri adik keduanya pula kadang-kadang berleter dan kadang kala penyayang. Itulah yang menyebabkan adik keduanya kelihatan tak berapa tua.bagi dia pula isterinya amat solehah dan dia kelihatan termuda dari adik-adiknya.


Oleh itu kalau anda semua mahukan awet muda, rahsia kebahagian untuk ceria selalu, cubalah tips berikut:

1. Cuba hidup dengan konsep sehari sehelai benang. Jangan cuba memikirkan terlalu banyak perkara dalam satu hari.

2. Lupakan yang telah berlalu jangan bebankan diri dengan penyesalan.

3. Jangan terganggu dengan kritikan .Gunakan kritik untuk membetul dan memperbaiki diri anda.

4. Jangan terlalu tertumpu dan resah dengan perkara-perkara yang belum berlaku.

5. Beri keyakinan pada Allah dan lakukan banyak kebajikan

6. Kalau anda mahukan keamanan , ketenangan dan keselesaan semuanya akan didapati dengan mengingati Allah

7. Anda mesti berkeyakinan penuh yang segala-galanya berlaku dengan izin yang maha kuasa.

8. Jangan harapkan ‘terima kasih’ dari semua orang

9. Latih diri anda untuk menghadapi keadaan yang mencabar

10. Segala yang berlaku mungkin baik untuk anda walaupun hasilnya tidak dapat dilihat ketika itu.

11. Segala yang telah ditetapkan Allah kepada yang beriman adalah baik untuk mereka.

12. Hargai dan bersyukur akan nikmat Allah

13. Ingatlah yang anda lebih beruntung dari ramai manusia lain.

14. Pertolongan  akan datang dari masa   kesemasa. Setiap masalah akan diikuti dengan pertolongan.

15. Dalam keadaan senang atau susah anda mesti selalu berdoa , sama ada dalam kesyukuran atau kesabaran

16. Bencana mestilah digunakan sebagai penguat semangat atau merubah cara anda bertindak

17. Jangan biarkan perkara yang remeh temeh menganggu anda.

18. Yakinilah Allah maha pengampun

19. Amalkan sikap bertenang dan jangan mudah marah

20 Hidup hanyalah air, makanan dan tempat berteduh. Jangan terganggu kalau anda tidak memiliki kebendaan yang lain.

21. Banyak perkara yang merisaukan anda tidak selalunya berlaku

22. Lihatlah kepada mereka yang lebih banyak kesusahan . Bersyukurlah kerana anda hanya menghadapi sedikit

23. Ketahuilah bahawa Allah menyayangi mereka yang menghadapi ujian dengan kesabaran

24. Selalulah mengamalkan doa-doa yang diajarkan oleh Rasullullah s.a.w semasa dalam kesusahan

25. Buatlah sesuatu yang bermakna kepada manusia dan jangan membuang  masa.

26. Jangan mendengar atau menyebarkan berita angin

27. Ketahuilah bahawa dendam mendatangkan lebih mudarat kepada anda dari musuh anda. Jangan berdendam.

28. Kesusahan yang menimpa menebus dosa-dosa anda jika dilalui dengan kesabaran .

Tips awet muda ini tidak memerlukan modal atau kewangan, ia cuma memerlukan cara berfikir yang positif dan pengalaman sunnah Rasullullah s.a.w sebanyak mungkin. Terima kasih.

Quote of the day

Never look down on someone unless you’re helping them up.
  

Saturday, April 27, 2013

PILIHLAH BARISAN ANDA !





PRU 13 akan diadakan tak lama lagi. Kebetulan tarikh tersebut bersamaan hari jadi saya ia itu lima haribulan Mei . PRU kali ini dikatakan PRU yang paling sengit.. BARISAN NASIONAL sedaya upaya akan mempertahankan kerajaannya manakala PAKATAN RAKYAT pula , bukan saja akan mempertahanakan negeri-negeri yang mereka kuasai malah berharap dapat melangkah ke Putra Jaya. Masing masing mengatur strategi dan barisan tersendiri.Walaupun Malaysia cuma ada satu Barisan sahaja, tetapi di Padang Mahsyar nanti akan ada dua belas barisan.


Suatu ketika , Muadz binJabal r.a mengadap Rasullullah s.a.w dan bertanya “Wahai Rasullullah s.a.w tolong jelaskan pada aku mengenai firman Allah s.w.t : Pada sangkakala ditiup . maka kamu sekelian datang berbaris-baris” ( Surah an Naba:18)
Mendengar pertanyaan itu , baginda menangis dan basah pakaian baginda dengan air mata lalu menjawab:

“Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring , dikumpulkan berbaris-baris menjadi DUA BELAS  BARISAN , masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri”

Di rumuskan disini secara ringkas penjelasan oleh  Rasullullah s.a.w berkenaan barisan-barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA
1. Keadaan Ummat : Tidak bertangan , tidak berkaki
2. Amalan diDunia   : Menyakiti hati tetangga
3. Balasan diAkhirat: Neraka

BARISAN KEDUA
1. Keadaan Ummat : Berbentuk babi hutan
2. Amalan diDunia  : Meringan-ringankan solat
3. Balasan diAkhirat : Neraka

BARISAN KETIGA
1. Keadaan Ummat: Saperti baghal dengan perut saperti gunung dipenuhi ular dan kala jengking
2. Amalan diDunia: Enggan berzakat
3. Balasan diAkhirat: Neraka

BARISAN KEEMPAT
1. Keadaan Ummat: Darah memancut dari mulut
2. Amalan diDunia: Berdusta dalam jual beli
3. Balasan diAkhirat: Neraka

BARISAN KELIMA
1. Keadaan Ummat: Bau lebih busuk dari bangkai hingga mengganggu penduduk padang Mahsyar
2. Amalan diDunia: Menyembunyikan maksiat dari manusia tapi tidak takut pada Allah
3. Balasan diAkhirat : Neraka

BARISAN KEENAM
1. Keadaan Ummat: Kepala terputus dari badan
2. Amalan diDunia: Saksi palsu
3. Balasan diAkhirat: Neraka

BARISAN KETUJUH
1. Keadaan Ummat: Tiada lidah , keluar darah dan nanah dari mulut
2. Amalan diDunia: Enggan memberi kesaksian kepada kebenaran
3. Balasan diAkhirat: Neraka

BARISAN KELAPAN
1. Keadaan Ummat: Berjalan dengan kaki keatas dan kepala kebawah (terbalik)
2. Amalan diDunia; Penzina
3. Balasan diAkhirat: Neraka

BARISAN KESEMBILAN
1. Keadaan Ummat: Berwajah hitam , mata biru dan perut dipenuhi api
2. Amalan diDunia: Makan harta anak yatim
3. Balasan diAkhirat :Neraka

BARISAN KESEPULUH
1. Keadaan Ummat: Sakit sopak dan kusta
2. Amalan diDunia: Derhaka kepada dua ibu bapa
3. Balasan diAkhirat : Neraka

BARISAN KESEBELAS
1. Keadaan Ummat: Buta, gigi sepanjang tanduk kerbau jantan , bibir melebar sampai kedada dan lidah terjulur sampai keperut dan keluar beraneka kotoran
2. Amalan diDunia: Meminum arak
3. Balasan diAkhirat: Neraka

BARISAN KEDUA BELAS
1. Keadaan Ummat: Wajah berseri laksana cahaya bulan purnama.Melalui Titian Sirat saperti kilat.
2. Amalan diDunia: Beramal soleh . Menjauhi mungkar, memelihara solat lima waktu. Ketika meninggal dunia sudah bertaubat
3. Balasan diAkhirat: Syurga

Nampaknya pilihan kita cuma satu , BARISAN KEDUA BELAS. Melakukan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah s.w.t . Terima kasih.

Quote of the day

The power of the people is stronger than the people in power