Thursday, December 31, 2009
Ikan Belacak
Wednesday, December 30, 2009
Formula SATU-d
Tuesday, December 29, 2009
Selembut hati batu
Monday, December 28, 2009
Ciri-ciri ibu bapa yang membina keyakinan anak-anak
Sunday, December 27, 2009
Itik yang disiplin
Saturday, December 26, 2009
Juruwang yang jujur
Friday, December 25, 2009
Tebu berperisa peria, Manusia berperangai....
Beberapa bulan lalu, saya ternampak batang-batang tebu
dibuang di tepi jalan . Tebu-tebu itu kemudian saya tanam di taman surau, sekarang, sesudah beberapa lama tebu itu sudah matang dan sedia untuk dimakan. Tapi saya terperanjat bila memakan tebu itu. Manis tak manis. Masam tak masam. Pahit tak pahit. Yang pasti, rasanya tidak berasa tebu. Jasadnya tebu, rasanya peria. Dimana silapnya. Baja tak cukup. Tanah tak gembur. Air tak disiram. Ulat menyerang atau apa?
Thursday, December 24, 2009
Berapa "A" nak masuk syurga?
Hari ini diumumkan keputusan Peperiksaan PMR . Ada yang menangis kerana gagal. Ada yang menangis kerana terlalu gembira mendapat keputusan yang amat cemerlang, dan ada yang tak menangis dan tak kisah apa-apa pun. Memang naluri manusia suka kepada kejayaan. Tapi apa yang amat mustahak lagi ialah siapkan diri kita dan anak-anak kita dengan kejayaan yang abadi. Kejayaan di akhirat dan hadiah yang akan diterima akan kekal selama-lamanya-SYURGA. Keputusan yang kita patut matlamatkan ialah "A" bagi semua subjek di bawah:
Wednesday, December 23, 2009
Kasihnya ibu
Tapi apa yang nak saya bincangkan disini ialah, sejauh manakah ibu-ibu manusia sayangkan anaknya. Kita lihat gadis-gadis cantik di TV dipeluk, ditampar, di pegang tangan, dibaringi di atas katil dan dilakukan apa saja atas nama lakonan. Apa kata ibu bapa mereka? Kita lihat anak-anak muda menyabung nyawa merempit di atas jalan raya - dimana ibu bapa mereka. Di kelab malam, di tempat-tempat hiburan pula geram nak diceritakan. Gadis-gadis yang kononnya Islam diperdagangkan seperti "spring chicken". Di mana ayah, di mana ibu mereka.
Penuntut, ya, penuntut-penuntut. Balik jauh-jauh malam diperbuat apa saja, dipadang, di tepi jalan, dalam kereta, di rumah sewa, di bawah pokok dan di mana-mana. Nilai mereka sudah diketahui umum yang hanya semurah "top-up" prepaid sahaja.
Kalaulah setiap ayah, setiap ibu bertanggungjawab seperti ibu tikus tadi, tentulah semua anak-anak selamat dan tidak didagangkan semurah sekotak rokok, semurah satu tin arak, semurah nasi lemak bungkus.
Tuan-tuan dan puan-puan, janganlah malu untuk belajar dari ibu tikus yang terperangkap tadi kalau ianya dapat menyelamatkan generasi kita dari kesengsaraan di dunia dan kesengsaraan di akhirat.
Tuesday, December 22, 2009
Handphone...Alat komunikasi atau Alat menyakit hati
Monday, December 21, 2009
Jangan beramal seperti bayang-bayang
Sunday, December 20, 2009
Musim kering, Musim basah
Hinggakan untuk mengucap syukur kepada Allah adalah dengan izin-Nya. Kalau kita faham yang kita tiada apa-apa kuasa langsung, mengapakah kita masih berani mengingkari Allah? Melawan Allah dan tak malu langsung pada Allah? Saya mengajak diri saya dan tuan-tuan mengambil iktibar dari cerita kekuasaan Allah ini, apatah lagi pada musim basah dan yang sejuk sekarang. Terima Kasih.
Saturday, December 19, 2009
Hijrah 1431 (Bahagian Dua)
Friday, December 18, 2009
Hijrah 1431 (Bahagian Satu)
Thursday, December 17, 2009
Kalau tidak ada-ada takkan burung bersarang rendah
Wednesday, December 16, 2009
Mudahnya beramal - Jika mahu
Termenung saya sekejap, seorang pemandu teksi yang sibuk mencari penumpang, yang sentiasa di atas jalan, sentiasa mengejar waktu, masih ada masa untuk diluangkan untuk berkomunikasi dengan Allah.Tetapi sebilangan dari kita yang ada banyak masa berbual-bual kosong, banyak masa untuk menonton media yang langsang, berjalan-jalan "window shopping" terlupa untuk sujud bersyukur atas segala nikmat pemberian Allah. Lebih parah lagi kalau ada yang tidak membuat arahan-arahan yang diwajibkan.
Jadi untuk membuat atau tidak membuat sesuatu itu adalah helah dan nafsu manusia semata-mata. Walaupun saya rasa tuan-tuan dan puan-puan telah banyak beramal, jangan lupa untuk mengajak anak-anak dan keluarga kita untuk mempertingkatkan amalan masing-masing, kerana salah satu bekalan yang kita akan bawa ke akhirat nanti ialah doa anak-anak yang soleh, Amin.
Tuesday, December 15, 2009
Pengajaran dari burung
Satu hari, masa saya sibuk mencangkul, tiba-tiba datang beberapa ekor burung untuk memakan cacing-cacing yang terkeluar dari tanah, mereka seolah-olah tidak takut kepada saya dan tidak takut kepada cangkul yang begitu hampir dengan mereka. Saya berasa amat gembira dengan suasana itu, dengan kercipan burung yang melompat-lompat memakan cacing, kejar mengejar berebut makanan dan gelagat-gelagat mereka yang menghiburkan. Saya berhati-hati supaya cangkul tidak mencederakan burung-burung tersebut. Kalau manusia begitu berhati-hati supaya burung-burung itu tidak disakiti, mengapakah manusia sekarang tidak teragak-agak mencemuh, menemplak, mengata, memburuk-burukkan kawan-kawan sendiri. Apakah sudah tidak ada kasih sayang sesama manusia.Yang berniaga kencing mengencing antara satu dengan yang lain, yang seperjuangan ada yang tikam menikam, yang serumah pun curiga mencurigai antara satu dengan yang lain.
Kalaulah burung-burung tadi mengharung bahaya kemungkinan ditangkap manusia atau terkena cangkul semata-mata untuk mendapat ganjaran beberapa ekor cacing, mengapa manusia tidak bersabar dan berlapang dada untuk mendapatkan ganjaran syurga ? Sama-sama kita renungkan hingga berjumpa esok Insya-Allah.