Friday, December 18, 2009

Hijrah 1431 (Bahagian Satu)

Assalamualaikum w.b.t . Hari ini ialah hari yang paling istimewa bagi umat Islam iaitu tahun baru hijrah 1431. Kita patut bersyukur ke atas segala nikmat yang Allah masih kurniakan.
Seperti biasa di masjid-masjid, di surau-surau dan di rumah-rumah, orang Islam melakukan doa akhir tahun dan awal tahun, tak ketinggalan juga kami di Suran Al-Hikmah.

Ramai jemaah yang berlinang air mata semasa berdoa, mungkin kerana imam Umair telah menterjemahkan doa akhir tahun tersebut sebelum berdoa. Untuk tatapan pembaca, disini saya paparkan terjemahan doa tersebut:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga , dan para sahabat sekelian. Ya Allah, apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakannya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami padahal Engkau berkuasa untuk menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakai-Mu maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami dan apa juga yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redha dan Engkau janjikan kami ganjaran pahala, maka kami pohonkan kepada-Mu Ya Allah, wahai Tuhan yang pemurah, wahai Empunya kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah daripada kami dan janganlah diputuskan harapan kami terhadap-Mu, wahai Tuhan yang pemurah ! Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. . . Bersambung esok, Insya-Allah.


No comments:

Post a Comment