Bayang-bayang selalunya indah, bergerak mengikut tiupan angin . Gambar di sebelah ini ialah bayang-bayang serumpun buluh, melambai ke kiri, melambai ke kanan seolah-olah seperti manusia yang khusyuk "berzikir" kelihatan di pintu Surau Al-Hikmah SS18 Subang Jaya. Malangnya keindahan itu tidak dapat bertahan lama kerana akan hilang bila cahaya sudah tiada. Inilah yang menakutkan kalau-kalau kita beramal mengikut tabii bayang-bayang. Ada faktor lain yang membuat kita beribadah selain dari kerana Allah semata-mata.
Ada yang beribadah kerana dalam kesusahan, kerunsingan, dan ketakutan. Ada yang beribadah kerana menunjuk-nunjuk kepada seseorang. Ada pula yang beribadah kerana tiada kawan di rumah dan banyak sebab-sebab lain lagi .
Kesilapan yang berlaku, kita mohon ampun dari Allah. Akan datang kita beribadah semata-mata kerana Allah, bukan kerana faktor-faktor lain yang mempengaruhi kita, bukan seperti bayang-bayang yang hanya akan zahir apabila ada cahaya.
No comments:
Post a Comment