Friday, February 28, 2014

BEZA ANTARA JAYA DAN GAGAL





Dalam satu peperiksaan , seorang Professor membuat pengumuman kepada penuntutnya : “ Siapa yang hendakkan ‘C’ boleh menulis nama di kertas peperiksaan dan pulang. Siapa yang hendak keputusan yang lebih baik , sila duduki peperiksaan”

Ramai yang memilih jalan mudah , menulis nama dan pulang. Yang mengambil peperiksaan , membuka kertas soalan dan diberitahu “Anda telah mendapat A”  tanpa menjawab apa-apa. Begitulah perbezaan antara kejayaan dan kegagalan, begitu nipis. Tetapi manusia tidak sanggup menunggu , tidak sabar dan tidak tabah.

Begitulah perbezaan antara yang jaya dan yang gagal mengikut Anthony Robbins dalam satu ceramah motivasi beliau :


 Terima kasih kerana mengikuti blog ini dan tolong sebarkan sebarang kebaikan









Thursday, February 27, 2014

MENGAPA KITA BUAT APA YANG KITA BUAT




Kali ini kita akan mendengar Anthony Robbins seorang pakar motivasi yang tersohor di seluruh dunia memperkatakan ‘Mengapa Kita Buat Apa Yang Kita Buat’ 



Terima kasih kerana kesudian anda meluangkan masa menonton motivasi tersebut. Mudah mudahan anda mendapat sedikit kebaikan daripadanya.







Wednesday, February 26, 2014

QURAN : PANDANGAN BUKAN ISLAM





Berapa kerap kita membaca Al Quran setiap hari ? Kita jawablah masing-masing . Pernah kah kita bercerita berkenaan kandungan Al Quran kepada orang ramai yang bukan Islam . Itu pun kita kena jawab sendiri.

Kita ikuti ceramah seorang bukan Islam Lesley Hazleton berkenaan Al Quran dalam forum TED.


Untuk menyampaikan ceramah ini saya yakin Lesley Hazleton tadi telah mengkaji al Quran dan membacanya berkali-kali . Kita bagaimana? 
 
Terima kasih kerana turut memikirkan tanggung jawab kita terhadap Al Quran.








Tuesday, February 25, 2014

KUNCI KEJAYAAN





Mengikut kajian pakar psikologi Dr. Angela Lee Duckworth , kunci kejayaan bukanlah IQ yang tinggi mengikut banyak kepercayaan , tetapi ‘GRIT’ . Bila saya lihat erti ‘GRIT’ , dikatakan ‘KERSIK’ . Saya bertambah tidak faham . Sesudah mendengar video dibawah ini saya dapat memahami bahawa ‘KERSIK’ itu adalah himpunan KESABARAN dan KETABAHAN . Itulah kunci kejayaan.

Kita ikuti ceramah Dr. Angela Lee Duckworth oleh TED





Inilah ‘GRIT’  kalau boleh di beri gambaran :



Terima kasih dan jangan lupa kongsikan dengan mereka yang tersayang.








Monday, February 24, 2014

KEYAKINAN DIRI




Mengikut seorang jurulatih bolasepak di Amerika , Dr. Ivan Joseph , ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk di temuduga akan menceritakan kelebihan dan skill anak masing-masing . Tetapi apa yang di perlukan pada setiap anak anak tersebut ialah ‘KEYAKINAN DIRI’ 

Kita ibu bapa pula , sebagai ‘coach’ di rumah mesti menggalakkan sifat-sifat berikut pada anak-anak :

1. Kegigihan ( sesuatu usaha mesti di ulang-ulang)

2. Bercakap meyakinkan diri sendiri

3. Selalu hargai kebaikan dan kejayaan mereka.Sebagai orang Islam pula kita mesti mengingatkan mereka supaya sentiasa istiqamah.

Kita ikuti ceramah Dr. Ivan Joseph yang di anjurkan oleh TED.


 Terima kasih, semoga ada sedikit manafaat untuk kita semua.