Baru-baru ini beberapa orang
Jemaah Surau berjumpa saya supaya membuat pengumuman :
“Tolong matikan hand phone
anda”( kepada Jemaah Surau ). Kebelakangan ini banyak sangat handphone berbunyi semasa solat”. Kata mereka , “Kalau
tengah periksa di sekolah atau universiti pun anda mungkin di halau keluar
kalau handphone berbunyi , inikan pula kalau kita sedang menghadapi Allah”.
Kemudian saya pun membuat sedikit pencarian.
Deringan handpone di tengah
solat dan tidak segera mematikannya adalah tidak boleh dan mendatangkan banyak
keburukan , diantaranya :
1. Menganggu kaum Muslimin
yang sedang solat , hukunmya haram, Allah berfirman bermaksud :
“Dan orang-orang yang
menyakiti orang-orang yang Mukmin dan Mukminat tanpa kesalahan yang mereka
buat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata” (
Al Ahzab 33 ayat 58 )
2. Deringan handphone semasa
solat merupakan perkara yang tidak ada faedah lansung.
3. Perbuatan itu menunjukkan
mereka tidak mengagungkan Allah lansung , mengapa mereka matikan hanphone
semasa mesyuarat atau berjumpa dengan orang-orang ‘besar’
4. Menodai kehormatan Mesjid
5. Lebih parah lagi apabila
nada dering itu adalah musik dan nyanyian. Haramnya berlipat ganda.
Terima kasih dan jangan lupa
mematikan handphone anda bila memasuki Mesjid atau Surau.
No comments:
Post a Comment