Saturday, December 19, 2009

Hijrah 1431 (Bahagian Dua)




Semasa doa awal tahun pula, lebih ramai jemaah yang berlinang air matanya, selain kami telah diberitahu maksud doa tersebut, hujan turun dengan lebat sebaik sahaja kami menadah tangan kepada Allah. Mudah-mudahan Allah menerima semua permohonan kita dan memberi kita kekuatan untuk beribadat di hari muka.

Doa awal tahun yang mencuit hati jemaah itu adalah seperti berikut:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga, dan para sahabatnya sekelian. Ya Allah, Engkaulah yang abadi, Yang Qadim (sediakala) dan yang Awal. Dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kepemurahan-Mu yang sejati, tahun yang baru ini tiba kepada kami. Maka kami pohonkan kepada-Mu keterpeliharaan daripada syaitan yang direjam, para penolongnya dan tenteranya, dan kami pohonkan pertolongan menghadapi nafsu yang sentiasa menyuruh kejahatan dan pertolongan untuk bergiat dengan amalan yang menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, Wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan, wahai yang paling mengasihani di antara yang mengasihani. Moga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, Nabi yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis), ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Selain daripada itu, ramai juga sahabat-sahabat yang menghantar sms mendoakan keselamatan dan nasihat antara satu dengan lain. Di antara yang menarik perhatian saya berbunyi Selamat menyambut Awal Muharam. Sedikit yang membuat kita bersyukur dan mengingati Allah adalah lebih baik dari banyak yang membuat kita melupakan-Nya. Sekian, maaf dari saya. Jumpa esok insya-Allah

No comments:

Post a Comment